Utusan Borneo (Sarawak)

Tiong luang masa lawat Rumah Lawai Chukai

-

MIRI: Warga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi menghargai jasa dicurahkan oleh tiga pegawainya yang berpindah dengan mengadakan majlis perpisahan di sini.

Ketua Balai BBP Marudi Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Maureen Sim berkata majlis itu bagi menghargai jasa dan khidmat bakti dicurahkan pegawai-pegawai terbabit di BBP Marudi.

Pegawai terbabit ialah Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Awang Busrah Awang Mostapha yang berpindah tugas di BBP Tanjung Manis, Sibu.

Pegawai Bomba ( PB) Dayang Nurnahidah Abang Hussin dan PB Mohd Irwandy Abdul Rahman pula bakal bertugas di BBP Miri.

Maureen berharap pegawai-pegawai terbabit dapat meneruskan tugas dengan baik seperti dilakukan di BBP Marudi sebelum ini. BINTULU: Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing melawat Rumah Lawai Chukai dalam siri lawatannya ke beberapa rumah panjang di kawasan Sujan, Sebauh semalam.

Turut serta ialah wakil jabatan dan agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah Sebauh, Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu, Jabatan Pendaftara­n Negara Bahagian Bintulu dan Jabatan Kerja Raya Bintulu.

Hadir sama wakil Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Bahagian Bintulu, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Bintulu, Pejabat Kesihatan Daerah Sebauh dan ahli-ahli Parti Demokratik Progresif (PDP) N.67 Jepak dan N.69 Kemena. Program lawatan tersebut merupakan aktiviti tahunan Tiong sejak beliau menjadi wakil rakyat di kawasan Parlimen Bintulu pada 1999.

Ia bertujuan meluangkan masa untuk mendengar masalah penduduk rumah panjang yang dikunjungi sekali gus mencari jalan penyelesai­an.

Pada masa sama, ia merapatkan silaturahi­m dengan penduduk rumah panjang dan menyelami pendapat serta suara hati penduduk terhadap pelbagai perkara demi kebaikan serta kesejahter­aan mereka sendiri.

 ??  ?? BANTU RAKYAT: Tiong (duduk) bertemu penduduk di Rumah Lawai Chukai, semalam.
BANTU RAKYAT: Tiong (duduk) bertemu penduduk di Rumah Lawai Chukai, semalam.
 ??  ?? PENGHARGAA­N: Maureen (tiga kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Dayang Nurnahidah (dua kiri) yang berpindah tugas ke BBP Miri.
PENGHARGAA­N: Maureen (tiga kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Dayang Nurnahidah (dua kiri) yang berpindah tugas ke BBP Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia