Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat didenda RM2,000 kerana gaji orang muda

-

MELAKA: Sebuah syarikat pengeluar barangan elektrik didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Melaka di sini semalam kerana menggaji pekerja kategori orang muda berumur kurang 18 tahun dan gagal mematuhi waktu kerja yang dibenarkan, tahun lepas.

Majistret Mohd Firdaus Saleh menjatuhka­n hukuman itu selepas syarikat tersebut, diwakili pengurus pembanguna­n manusianya, mengaku bersalah atas pertuduhan sebagai majikan te- lah menggaji seorang remaja lelaki berumur 17 tahun dan gagal mematuhi waktu kerja yang dibenarkan.

Syarikat itu didakwa melakukan kesalahan itu premisnya di Taman Perindustr­ian Cheng di sini pada 27 April tahun lepas mengikut Sekyen 6(1)(a) Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum setahun atau keduaduany­a, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n fakta kes, pada 19 Jun tahun lepas, pegawai pemeriksa Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka telah menerima satu aduan berhubung kegagalan sebuah syarikat mematuhi waktu kerja yang dibenar- kan bagi 46 pekerja kategori orang muda.

Siasatan mendapati syarikat tersebut telah mengarahka­n pekerja berumur kurang 18 tahun berjawatan Operator Pengeluara­n bekerja antara jam 8 malam hingga 6 pagi, yang tidak dibenarkan di bawah Sekyen 6(1)(a) Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966.

Terdahulu Pegawai Pendakwa Jabatan Tenaga Kerja Farah Syuhada Mustafa memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman yang dapat memberi pengajaran kepada syarikat itu serta memberi ingatan kepada syarikat lain dalam usaha melindungi orang muda dan kanak-kanak daripada dieksploit­asi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia