Utusan Borneo (Sarawak)

Kes skim pelaburan kucing libatkan kerugian RM1.56 juta

Pemilik, pengurus kedai ditahan ekoran laporan 35 mangsa

-

SHAH ALAM: Polis menahan pemilik dan pengurus sebuah kedai haiwan berhubung kes penipuan skim pelaburan kucing di tiga buah negeri melibatkan kerugian sebanyak RM1.56 juta sejurus selepas serbuan ke atas premis itu di sini, semalam.

Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat/ Kewangan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman SAC S. Sasikala Devi berkata kedua- dua lelaki berumur 55 dan 34 tahun itu berada di premis terbabit semasa serbuan dijalankan dan mereka ditahan ekoran laporan polis oleh 35 mangsa terlibat.

Beliau berkata kedua-dua lelaki tersebut juga dipercayai individu yang bertanggun­gjawab menyebarka­n maklumat mengenai skim pelaburan kucing berkenaan sejak syarikat itu beroperasi tahun lepas.

Menurut Sasikala Devi, modus operandi skim pelaburan berkenaan adalah dengan memperdaya mangsa supaya ‘membeli’ kucing baka import di kedai terbabit untuk dibiakkan dan mereka akan menerima ganjaran lumayan sebanyak 70 peratus daripada hasil jualan anak-anak kucing tersebut.

“Mangsa diperdaya untuk ‘membeli’ kucing baka import antaranya ‘Mainecoon’, ‘British Short Hair’ atau ‘Pedigree’ pada harga RM7,000 hingga RM30,000 mengikut jenis bagi dibiakkan dengan kucing jenis baka lain di premis itu.

“Namun selepas setahun, hasil jualan anak-anak kucing baka import yang dijanjikan

Polis percaya masih ramai lagi pemilik kucing diperdaya menerusi skim ini dan mangsa disaran supaya tampil membantu siasatan kes penipuan berkenaan kerana kedai haiwan ini difahamkan ada beberapa lagi cawangan namun hanya mangsa dari tiga premis saja yang buat laporan. SAC S. Sasikala Devi Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat/Kewangan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman

lumayan itu tidak diterima mangsa menyebabka­n mereka tampil membuat laporan polis,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Beliau berkata dua lagi cawangan premis tersebut iaitu di Johor Bahru dan Setapak, Kuala Lumpur turut diserbu serentak semalam namun premis di ibu negara itu didapati telah ditutup sejak dua bulan lepas.

“Hasil serbuan di dua premis itu, polis merampas pelbagai dokumen berkaitan termasuk sijil-sijil baka kucing sebagai rujukan kerana setiap kucing yang terlibat dalam skim itu dipakaikan mikrocip yang mengandung­i maklumat haiwan tersebut.

“Polis percaya masih ramai lagi pemilik kucing diperdaya menerusi skim ini dan mangsa disaran supaya tampil membantu siasatan kes penipuan berkenaan kerana kedai haiwan ini difahamkan ada beberapa lagi cawangan namun hanya mangsa dari tiga premis saja yang buat laporan,” katanya.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIASATAN: Seorang pekerja sebuah kedai haiwan membersihk­an sangkar kucing ketika pihak polis menjalanka­n siasatan berhubung kes penipuan skim pelaburan kucing di tiga negeri melibatkan kerugian dalam serbuan ke atas premis itu di Shah Alam, semalam.
— Gambar Bernama SIASATAN: Seorang pekerja sebuah kedai haiwan membersihk­an sangkar kucing ketika pihak polis menjalanka­n siasatan berhubung kes penipuan skim pelaburan kucing di tiga negeri melibatkan kerugian dalam serbuan ke atas premis itu di Shah Alam, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? SINDIKET TUMPAS: Mohmad Salleh (tengah) melihat wang tunai dan dadah yang dirampas dalam operasi menumpaska­n sindiket pengedaran dadah yang didalangi sindiket tempatan di sekitar Kuala Lumpur dan Johor baru-baru ini, ketika mengadakan sidang media di...
— Gambar Bernama SINDIKET TUMPAS: Mohmad Salleh (tengah) melihat wang tunai dan dadah yang dirampas dalam operasi menumpaska­n sindiket pengedaran dadah yang didalangi sindiket tempatan di sekitar Kuala Lumpur dan Johor baru-baru ini, ketika mengadakan sidang media di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia