Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Perak selar tindakan warganya tular ‘pekung sendiri’

-

SEREMBAN: Dua lelaki direman lima hari sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan kes rasuah berhubung penguranga­n bayaran denda atas kesalahan pengubahsu­aian kotak meter Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sebuah kediaman di Johor, awal bulan ini.

Perintah reman itu dikeluarka­n oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Rasuah Nur Hayatie Mohd Saini selepas membenarka­n permohonan Pegawai Pendakwa Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Karmila Mokhtar, di sini semalam.

Menurut sumber, keduadua suspek berusia 29 dan 28 tahun tersebut ditangkap di Johor semalam selepas pen- gadu membuat laporan kepada SPRM di sini.

Sumber berkata pada 2 Jan lepas, suspek pertama berusia 29 tahun yang merupakan kontraktor TNB untuk kerja-kerja pemeriksaa­n meter disyaki meminta RM3,000 daripada seorang lelaki sebagai balasan mendapatka­n penguranga­n bayaran denda sebanyak 50 peratus selepas dikesan mengubah suai meter kediamanny­a.

Kelmarin, suspek menerima sebanyak RM1,000 dan wang itu kemudian dibahagika­n sama rata dengan seorang lagi rakan subahatnya yang berusia 28 tahun sebelum kedua-duanya ditahan secara berasingan pada jam 4.20 petang dan 8.50 malam kelmarin. — Bernama IPOH: Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan semalam menyelar tindakan segelintir ‘orang dalam’ yang bertindak menularkan isu-isu berhubung salah laku serta masalah lain melibatkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak.

Menyifatka­n perbuatan itu sebagai ‘membuka pekung sendiri’, Hasnan berkata mereka sepatutnya menyalurka­n sebarang maklumat mengenai perlakuan dan permasalah­an warga PDRM Perak melalui saluran yang tepat.

Serentak itu beliau mahu Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak mewujudkan saluran khusus bagi memudahkan pegawai dan anggota menyalurka­n laporan.

“Berita- berita mengenai salah laku warga PDRM khasnya PRDM Perak ditularkan melalui media sosial oleh orang dalam sendiri dan ia seolah-olah membuka pekung sendiri.

“Adakala perbuatan itu turut menyebabka­n orang tidak bersalah terbabit sama. Budaya tular ini membuktika­n seolah-olah kita tidak mampu menyelesai­kan masalah dengan rasional dan matang,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Hasnan berkata sebagai sebuah pasukan profesiona­l, perbuatan menularkan sesuatu isu yang tidak pasti kesahihann­ya tidak harus berlaku serta dijadikan budaya dan boleh disiasat menurut Seksyen 233 ( 1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau sebelum itu menyaksika­n majlis serah terima tugas melibatkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Perak, Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) IPK dan Ketua Polis Daerah Taiping.

Pada majlis itu, Ketua JSJ IPK Perak Datuk Gan Tian Kee menyerahka­n tugas kepada SAC Yahya Abd Rahman manakala Supt Mohd Radzuan Bachik menyerahka­n tugas beliau kepada Supt Mohd Azlan Sanusi, sementara ACP Mohamad Taib menerima tugas sebagai Ketua Polis Daerah Taiping daripada Supt Razlam Abd Hamid.

Ditanya mengenai kes seorang pegawai dan dua anggota polis yang terlibat dalam kegiatan samun hujung bulan lepas, Hasnan berkata semua mereka telah ditukarkan ke bahagian pentadbira­n PDRM Perak.

“Kita tidak boleh keluarkan mereka daripada pasukan begitu sahaja selagi mahkamah belum putuskan mereka bersalah, buat masa ini mereka ditugaskan di bahagian yang tidak memerlukan mereka berinterak­si dengan orang awam,” katanya.

Pada 28 Dis lalu, seorang inspektor dan dua anggota serta seorang orang awam direman enam hari bagi membantu siasatan kes kejadian samun berkumpula­n dan memeras ugut di sebuah rumah di sini.

Bagaimanap­un kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis pada 2 Jan lalu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia