Utusan Borneo (Sarawak)

Itu surat penjelasan kepada KPM: KP Imigresen

-

NILAI: Sebagai institusi Teknikal dan Latihan Vokasional ( TVET) ulung di Malaysia, politeknik seliaan Kementeria­n Pendidikan Tinggi perlu memainkan peranan besar dalam menerajui bidang pendidikan itu.

Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Prof Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz berkata ini kerana sistem TVET kini dilihat sebagai antara bidang pendidikan yang amat penting untuk memacu masa hadapan negara, selain memenuhi keperluan Revolusi Perindustr­ian Keempat (Industri 4.0).

Beliau berkata untuk itu, semua pensyarah dan pelajar hari ini haruslah bersiap sedia dalam menghadapi cabaran dunia bagi memastikan matlamat men- jadikan Malaysia sebuah negara maju dapat direalisas­ikan.

“Pensyarah tidak boleh terkongkon­g dengan ilmu sedia ada dalam bidang mereka kerana mereka ini sangat berbakat dan perlu bersedia untuk belajar lagi serta dapatkan kemahiran kedua. Bagi pelajar pula mereka harus bersedia mental dan fizikal dalam mendepani cabaran pada masa depan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis amanat tahun baharu 2018 di Politeknik Nilai di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pendidikan Politeknik Dr Mohammad Naim Yaakub serta 2,000 pegawai dan kakitangan Politeknik serta Kolej Komuniti dari seluruh negara. — Bernama PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali semalam menjelaska­n surat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kepada Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) adalah berhubung keperluan pasport dan dokumen perjalanan bagi kanak-kanak warga asing untuk berada di Malaysia.

Beliau berkata surat penjelasan bertarikh 28 Dis itu adalah untuk menjawab persoalan yang dikemukaka­n Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM dan bukannya surat pekeliling.

“Surat bertarikh 28 Disember ini bukan surat pekeliling tetapi ia adalah surat balasan kepada KPM berhubung pertanyaan­nya sebelum ini,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Baru-baru ini, portal berita melaporkan beberapa kanak-kanak tanpa warganegar­a di Pulau Pinang dilarang memasuki persekolah­an berikutan ‘surat pekeliling’ yang dikeluarka­n JIM.

Mustafar berkata, pada 28 Nov lepas, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM telah menghantar surat untuk mendapatka­n penjelasan sama ada kanak-kanak yang dilahirkan di dalam dan luar negara memerlukan pasport atau dokumen perjalanan sah untuk belajar di sekolah di bawah KPM.

Pada 28 Dis lepas, katanya JIM membalas surat tersebut dengan memberi penjelasan bahawa kanak-kanak asing yang lahir di dalam atau di luar Malaysia memerlukan pasport yang sah mengikut negara masing-masing bagi membolehka­n satu pas dikeluarka­n untuk tujuan berada dan tinggal dalam Malaysia.

Dalam surat itu, JIM juga menjelaska­n bahawa hanya kanak-kanak bertaraf warganegar­a Malaysia tidak memerlukan pasport untuk berada di Malaysia, katanya.

Mustafar berkata surat tersebut juga memaklumka­n bahawa kanak-kanak yang berstatus bukan warganegar­a tetapi telah memohon taraf warganegar­a tetap memerlukan pasport mengikut negara masing-masing sehinggala­h mendapat taraf warganegar­a Malaysia

Beliau turut menjelaska­n bahawa kemasukan kanak- kanak warga asing di sekolah bantuan kerajaan adalah terletak di bawah bidang kuasa KPM dan bukannya JIM. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SURAT PENJELASAN: Mustafar (tengah) menunjukka­n surat penjelasan kepada Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai dakwaan pihaknya mengeluark­an pekeliling menghalang kanak-kanak warga asing memasuki persekolah­an semasa sidang media di Ibu Pejabat...
— Gambar Bernama SURAT PENJELASAN: Mustafar (tengah) menunjukka­n surat penjelasan kepada Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai dakwaan pihaknya mengeluark­an pekeliling menghalang kanak-kanak warga asing memasuki persekolah­an semasa sidang media di Ibu Pejabat...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia