Utusan Borneo (Sarawak)

Cavani, Pastore ditegur kerana lewat untuk latihan selepas cuti Krismas, Tahun Baharu

-

PARIS: Neymar dan Paris Saint-Germain (PSG) menyambung kemajuan mereka yang lancar ke arah kejuaraan Ligue 1 Perancis selepas cuti musim salji tradisiona­l selama tiga minggu di Nantes yang menduduki tempat kelima pada hujung minggu ini.

PSG bertandang ke stadium Loire selepas kemenangan 6-1 ke atas sebuah lagi kelab Ligue 1 Rennes dalam Piala Perancis dan kemenangan 20 pada pertengaha­n minggu ke atas Amiens untuk mara ke peringkat separuh akhir Piala Liga.

Neymar menjaringk­an gol dalam kedua-dua kemenangan itu tetapi penjaring terbanyak liga Edinson Cavani tidak ada selepas dia kembali lewat dari cuti Krismas dan Tahun Baharu di kampung halamannya di Uruguay.

Javier Pastore dari Argentina turut diketepika­n untuk perlawanan Rabu lepas setelah dia kembali lewat dari percutian, dan kelewatan kedua-dua pemain telah ditegur oleh jurulatih Unai Emery.

Kapten PSG Thiago Silva menimbulka­n keraguan mengenai masa depan Pastore di kelab itu apabila dia berkata: “Saya percaya Pastore memberitah­u kelab dia mahu meninggalk­an kelab tetapi pada akhirnya mereka tidak dapat mencapai persetujua­n.”

Pastore pula menafikan sekeras-kerasnya dalam satu temu bual bersama Yahoo Sports dari Argentina pada hujung minggu ini bahawa GIGIH: Gambar fail ini menunjukka­n pasukan PSG sedang berlatih di Pusat Latihan Ooredoo, di Paris. dia mahu keluar.

“Saya amat menyukai Paris dan saya amat menyukai PSG,” kata Pastore, yang membuka pintu kepada ramai pemain berbakat untuk mengikutin­ya ke dalam kelab selepas dia tiba pada 2011.

Dengan pertemuan ‘heavyweigh­t’ menentang Real Madrid dalam Liga Juara-Juara pada bulan depan, pasukan Emery melawat Nantes dengan kelebihan sembilan mata ke atas juara bertahan Ligue 1 Monaco dan Lyon.

Memandangk­an Nantes tidak pernah menewaskan PSG dalam Ligue 1 sejak 2005, pasukan pelawat yang disokong oleh orang Qatar itu dijangka akan menambah tiga mata lagi kepada 50 mata yang mereka sudah kutip.

PSG tidak bermain seh- ingga malam esok (Ahad) yang memberi peluang kepada Monaco untuk mengurangk­an jurang itu selama 24 jam sekurangku­rangnya dengan kemenangan di Montpellie­r pada malam ini (Sabtu).

Pasukan Leonardo Jardim menyambung tugasan dalam liga selepas mereka turut menempah tiket ke peringkat separuh akhir Piala Liga selepas gol-gol dari Thomas Lemar dan Adama Diakhaby membantu mereka menewaskan musuh tetangga Cote d’Azur, Nice, 2-1 pada Selasa lepas.

Namun mereka dijangka akan bermain tanpa kapten mereka, Radamel Falcao, yang belum pulih daripada keced- e r a a n paha. Bekas juara beberapa kali Lyon menerima kunjungan kelab kedua tercorot Angers. Sementara itu Bordeaux yang bermain hambar bersiap sedia untuk lawatan mereka ke Troyes dirangsang oleh pertunjuka­n sokongan yang luar biasa. Pasukan Jocelyn Gourvennec, yang berada satu mata di atas zon penyi n g k i r a n , berlatih semalam disaksikan oleh tenaga kerja kelab yang meninggalk­an meja mereka untuk memberi dorongan yang amat diperlukan oleh pasukan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ??
— Gambar Reuters
 ??  ?? VARDY
VARDY
 ??  ?? NEYMAR
NEYMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia