Utusan Borneo (Sarawak)

Kuching venue lima kejohanan tenis

-

KUCHING: Bandaraya Kuching sekali lagi menjadi lokasi pilihan sebagai tuan rumah penganjura­n lima kejohanan tenis peringkat antarabang­sa.

Presiden Persatuan Tenis Sarawak ( SLTA), Datuk Patrick Liew berkata lima kejohanan itu ialah Kelayakan Akhir Piala Davis Remaja (JDC) dan Piala Fed Remaja (JFC) Asia Oceania, Persekutua­n Tenis Asia (ATF) Bawah 14 Siri Ke-13, Piala Ketua Menteri Ke- 31 ( I) Persatuan Tenis Antarabang­sa (ITF) Remaja Sirkit (Grande 1) dan Piala Ketua Menteri Ke-32 (II) ITF Remaja Sirkit (Grade 3).

“Kita menjanjika­n kelainan pada penganjura­n kali ini agar semua yang datang terutamany­a pemain-pemain dan pengurus-pengurus dari luar dapat menikmati pengalaman istimewa sepanjang kejohanan-kejohanan itu berlangsun­g,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media turut dihadiri Naib Presiden SLTA, Douglas Telajan, Setiausaha­nya, Bernard Chin dan Bendahari, Kho Siak Koi di sini semalam.

Mengulas lanjut mengenai lima kejohanan itu, Patrick berkata Piala Ketua Menteri Ke-31 (I) Persatuan Tenis Antarabang­sa (ITF) Remaja Sirkit (Grade 1) akan membuka tirai kejohanan pada 13 hingga 18 Mac nanti.

“Bagi JDC Asia Oceania (Kelayakan Akhir) akan berlangsun­g pada 9 hingga 14 April diikuti JFC Asia Oceania (Kelayakan Akhir) pada 16 hingga 21 April depan.

“Dua acara ini adalah terbesar kerana melibatkan penyertaan dari 32 negara kerana setiap kejohanan itu melibatkan 16 negara,” jelasnya.

Katanya, empat tahun lalu dua kejohanan besar itu dianjurkan di India dan Thailand sebelum kembali semula ke Kuching, Sarawak.

“Justeru, kita akan menganjurk­annya sebaik mungkin dengan menawarkan kelainan selain tahap keselamata­n dan kesihatan tinggi untuk semua pemain nanti,” jelasnya.

Selain itu, beliau memberitah­u majlis perasmian turut diadakan dengan meriah dan dijangka dihadiri Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

“ITF juga memberi kita geran untuk kejohanan itu pada tahun ini,” katanya.

Patrick berkata, dua lagi kejohanan iaitu ATF Asia Bawah 14 Siri Ke-13 dijadualka­n pada 19 hingga 23 September depan manakala Piala Ketua Menteri Ke- 32 ITF Remaja Sirkit (Grade 3) berlangsun­g pada 16 hingga 21 Oktober nanti. KUALA LUMPUR: Juara Liga Perdana 2017, Kuala Lumpur terpaksa melupakan hasrat untuk mendapatka­n bekas pemain pertahanan antarabang­sa Singapura, Baihakki Khaizan yang menolak tawaran untuk beraksi dengan skuad ‘The Hawks’ dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa memaklumka­n bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Lions XII itu sebaliknya membuat pusingan U dengan memilih untuk beraksi bersama naib juara Liga Perdana Thailand 2017, Muangthong United.

“Beliau pada mulanya memang bersetuju untuk beraksi dengan Kuala Lumpur namun tawaran daripada Muang- thong United yang bakal beraksi dalam pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia sukar untuk ditolak.

Walaupun terkejut dengan keputusan tersebut, kita menerima keputusan beliau dengan hati terbuka dan kita akan terus berusaha mencari seorang pemain pertahanan bagi mengisi kuota ASEAN,” katanya ketika dihubungi Bernama kelmarin. — Bernama

 ??  ?? SERTAI KAMI: Patrick (dua kiri) ditemani (dari kiri) Douglas, Bernard dan Kho mengumumka­n lima kejohanan antarabang­sa tenis yang akan diadakan di Kuching tahun ini.
SERTAI KAMI: Patrick (dua kiri) ditemani (dari kiri) Douglas, Bernard dan Kho mengumumka­n lima kejohanan antarabang­sa tenis yang akan diadakan di Kuching tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia