Utusan Borneo (Sarawak)

Golf: Asia dahului pusingan pembukaan Piala EurAsia

-

SHAH ALAM: Pasukan Asia buka kempen Kejohanan Golf Piala EurAsia 2018 dengan langkah kanan apabila mendahului saingan fourball dengan mengalahka­n pasukan Eropah dengan keputusan 3½–2½ di Glenmarie Golf & Country Club di sini semalam.

Pasukan Eropah bermula cemerlang dengan mengutip mata pertama menerusi gandingan pemain England, Tommy Fleetwood dan Paul Casey yang mengalahka­n gandingan Asia, An Byeonghun (Korea Selatan)/Kiradech Aphibarnra­t (Thailland) dengan keputusan 4&3.

Bagaimanap­un, wakil Asia menggandak­an usaha dan berjaya menyamakan kedudukan 1- 1 menerusi Kang Sung- hoon ( Korea)/ Poom Saksansin (Thailand) yang menewaskan Henrik Stenson ( Sweden)/ Alexander Levy (Perancis) dengan keputusan 5&4.

Pemain Jepun, Yuta Ikeda dan wakil Malaysia, Gavin Kyle Green meletakkan Asia 2-1 di hadapan apabila men- galahkan Thomas Pieters ( Belgium)/ Matthew Fitzpatric­k (England) 2&1 sebelum benua Eropah bangkit untuk menyamakan kedudukan.

Asia sekali mendahului saingan apabila gandingan Hideto Tanihara (Jepun)/Phachara Khongwatma­i (Thailand) menambah satu mata apabila mengalahka­n Alex Noren (Sweden)/Paul Dunne (Ireland).

Pada perlawanan terakhir, pemain nombor satu China, Li Haotong, yang berganding dengan pemain Malaysia, Nicholas Fung, berjaya melakukan pukulan birdie dari jarak 10 kaki untuk memperoleh separuh mata ke atas gandingan Bernd Wiesberger (Austria)/Rafa Cabrera Bello (Sepanyol). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERBAIK: Ketua Pasukan Asia Arjun Atwal (kanan) memeluk rakan sepasukan setelah berjaya memasuki lubang terakhir pada pusingan pertama Golf EurAsia 2018, semalam.
— Gambar Bernama TERBAIK: Ketua Pasukan Asia Arjun Atwal (kanan) memeluk rakan sepasukan setelah berjaya memasuki lubang terakhir pada pusingan pertama Golf EurAsia 2018, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia