Utusan Borneo (Sarawak)

Dapatkan ‘Ah Huat Gift Pack’ istimewa di Emart Batu Kawa

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Produk Ah Huat menampilka­n harga promosi untuk ‘Ah Huat Gift Pack’ istimewa bagi perayaan Tahun Baharu Cina yang akan datang bermula semalam sehingga Ahad ini.

Pegawai Barang Dagangan Ibu Pejabat Emart Nicole Lai Yueh Ju berkata, buat pertama kalinya pengedar produk Ah Huat iaitu Power Root Marketing mengadakan jerayawara ke Emart Batu Kawa.

“Tujuan kami mengadakan jerayawara ini adalah untuk semua pelanggan kami yang menyambut Tahun Baharu Cina.

“Sambutan Tahun Baharu Cina amatlah signifikan kepada penganutny­a kerana dipercayai pada masa ini merupakan permulaan kepada rezeki yang melimpahru­ah sehingga penghujung tahun,” katanya kepada pemberita semalam.

Lagipun, berkunjung dan membawa hadiah pemberian adalah kebiasaan amalan suku kaum Cina untuk merapatkan jalinan silaturahi­m.

Bermula 12 sehingga 14 Januari ini ditampilka­n dua pek ‘Ah Huat Extra Rich White Coffee’ bersama satu pek ‘Ah Huat Hazelnut and Cane Sugar White Coffee’ atau dua pek ‘Ah Huat Gold Medal White Coffee’ dan satu pek ‘Ah Huat Hazelnut and Cane Sugar’ pada harga biasa RM28.58 dalam satu pek pemberian perayaan itu.

Bagaimanap­un, bagi keahlian Emart pek tersebut dijual pada harga RM27.88.

Sementara itu, dengan setiap pembelian mana-mana produk Ah Huat bernilai RM22 ke atas akan diberikan peluang untuk bermain Plinko Game untuk memenangi hadiah istimewa yang telah disediakan pihak Emart.

Pek istimewa perayaan akan dijual pada harga istimewa sehingga 5 Februari nanti.

Turut hadir semalam ialah Pengedar Power Root Marketing Sdn Bhd Amy Moh Siaw Lian, Pegawai Jabatan Peruncitan Emart Batu Kawa Khamisah Jamali dan Eksekutif Jabatan Peruncitan Emart Batu Kawa Nuraini Shahari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia