Utusan Borneo (Sarawak)

FAS TARUH HARAPAN TINGGI

24 pemain bakal kibar cabaran Sarawak pada saingan Liga Perdana 2018

- Oleh Harry Ilias

Saya percaya barisan pemain yang dipilih musim ini mampu mengibarka­n cabaran buat pasukan Sarawak pada saingan Liga Perdana 2018. Datuk Posa Majais Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) menaruh harapan tinggi di bahu seramai 24 pemain untuk mengibarka­n cabaran skuad Sarawak pada saingan Liga Perdana 2018.

Presidenny­a, Datuk Posa Majais percaya Ketua Jurulatih, Ian Andrew Gillan telah membuat pemilihan pemainpema­in dengan baik bertepatan dengan misi Sarawak untuk kembali ke Liga Super tahun depan.

“Saya percaya barisan pemain yang dipilih musim ini mampu mengibarka­n cabaran buat pasukan Sarawak pada saingan Liga Perdana 2018.

“Sudah tentu sasaran utama kita tahun ini untuk kembali ke Liga Super musim depan. Kita tidak meletakkan sasaran terlalu tinggi muncul juara seperti dicatat pada 2013 namun saya percaya barisan pemain mampu meletakkan Sarawak sebagai antara pasukan terbaik dalam kempen Liga Perdana tahun ini,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Beliau juga percaya kewibawaan dan pengalaman Ian dapat mencipta sesuatu yang terbaik kepada Sarawak musim ini.

Skuad Sarawak 2018 mempertaru­h tiga pemain import iaitu Mateo Roskam, Milos Raickovic dan Nebojsa Marinkovic.

Bagaimanap­un, jumah itu mungkin bertambah menjadi empat jika seorang lagi pemain dari kelab Perth Glory (Australia) bersetuju menyertai Sarawak secara pinjaman bagi kuota Asia.

“Kita masih menunggu keputusan mengenai pemain berkenaan. Sekiranya, kelab Perth Glory bersetuju menjalinka­n kolaborasi dengan FAS, Sarawak akan memiliki empat pemain import,” jelas Posa.

Sarawak turut menambat tujuh pemain baharu iaitu Benedict Martin, Bobby Gonzales, Mohamad Firdaus Muhammad, Mohd Iqbal Mohd Suhimi, Mohd Sabree Mat Abu, Muhammad Muzaimir Abdul Hadi, Shaiful Wazizi Mohamad dan Shazalee Ramlee.

Manakala pemain-pemain dikekalkan dan diserap dari skuad Piala Presiden ialah Abdul Rahim Abdul Razak, Awang Kamaruddin Awang Bohan, Dalglish Papin Test, Jimmy Raymond, Mazwandi Zekeria, Mohammad Alif Hassan, Mohammad Dzulazlan Ibrahim, Mohammad Hafis Saperi, Mohammad Hafiz Abu Bakar, Mohd Hairol Mokhtar, Nor Azizi Ramlee, Peter Frank Brown dan Rames Lai Ban Huat.

Sarawak kini dalam siri jelajah pra-musim menentang tiga kelab di Semenanjun­g Malaysia sebagai persiapan menghadapi kempen Liga Perdana 2018 yang dijadualka­n bermula pada 2 Februari depan.

 ??  ??
 ??  ?? SENARAI PEMAIN: Posa menunjukka­n senarai penuh 24 pemain Sarawak bagi musim 2018.
SENARAI PEMAIN: Posa menunjukka­n senarai penuh 24 pemain Sarawak bagi musim 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia