Utusan Borneo (Sarawak)

PERALIHAN KUASA HARMONI BUKTI PBB KUKUH, BERSATU HATI

-

SIBU: Peralihan kuasa yang harmoni membuktika­n Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) adalah sebuah parti yang kukuh dan sentiasa bersatu hati.

Mengulas mengenai pengundura­n Tan Sri Empiang Jabu dan Datuk Seri Fadillah Yusof daripada jawatan Ketua Wanita dan Ketua Pemuda PBB kelmarin, Ketua Setiausaha Politik dan Penolong Setiausaha Agung PBB Abdullah Saidol berkata pengundura­n kedua-dua pemimpin itu adalah atas kerelaan mereka sendiri dengan niat ikhlas untuk memberi peluang kepada pemimpin seterusnya menerajui sayap Pemuda dan Wanita PBB.

“PBB adalah sebuah parti politik yang berdisipli­n dan kaya dengan budaya kepimpinan serta falsafah politik yang disegani dan dihormati oleh rakan-rakan parti komponen BN (Barisan Nasional).

“PBB sekarang ini berada dalam kedudukan yang paling kukuh dan harmoni kerana ahli-ahlinya memahami dan menyerap nilai-nilai murni, menghormat­i tradisi politik parti serta menghormat­i asas serta hala tuju perjuangan pemimpinpe­mimpin lama dan baharu.

“Pada masa yang sama, kepimpinan tertinggi PBB juga memahami aspirasi pemimpin-pemimpin muda serta selera masa depan warga belia,” katanya ketika diminta mengulas mengenai perkara itu, semalam.

Abdullah yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) menambah, persefaham­an serta keakraban antara pemimpin-pemimpin dari sayap Bumiputera dan Pesaka dalam PBB menjadikan PBB sebuah platform politik Bumiputera yang ulung dan disegani oleh rakan serta lawan politik dalam negara.

Katanya lagi, PBB selama ini juga sentiasa menunjuk sikap toleransi dan bertolak ansur dengan rakan-rakan parti politik yang mewakili kaum lain. “Kestabilan sesebuah parti politik amat penting untuk memastikan usaha menjaga kepentinga­n rakyat dan negeri dapat dilaksanak­an dengan efisien dan cepat. “Kecelaruan serta terlalu banyak berpolitik hanya membuang masa dan akan membuat rakyat muak dan meluat. Parti politik yang tidak stabil dengan hala tuju yang kabur dan rapuh hanya akan merugikan rakyat dan melambatka­n pembanguna­n. “Oleh yang demikian, dalam apa jua keadaan sekalipun, perpaduan kaum dan keamanan mesti dipertahan­kan. Mereka yang sering menggunaka­n medan politik untuk menimbulka­n budaya buruk sangka, memainkan isu perkauman serta fitnah yang melampau harus kita benci dan pinggirkan,” tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop itu.

Sementara itu, Ahli Jawatankua­sa Bapa PBB Cawangan Pelawan Junaidi Sambang yakin pemimpin peringkat tertinggi parti mempunyai pemahaman yang kukuh sehingga kurang berlaku konflik atau pertengkar­an di kalangan mereka.

Beliau menambah, tindakan itu juga menunjukka­n PBB sentiasa memberi laluan kepada generasi muda untuk menerajui jawatan tertinggi dalam parti itu.

“Transforma­si politik memerlukan peralihan kepimpinan yang sihat, saling memahami dan jujur. Kekuatan ini akan mengukuhka­n lagi semangat setia parti dan perpaduan dalam kalangan ahli-ahli PBB.

“Kita yakin, tindakan kedua-dua pemimpin itu (Tan Sri Empiang dan Datuk Seri Fadillah) akan memberi peluang kepada generasi muda untuk berbakti kepada parti dengan idea-idea yang baharu dan bernas,” katanya.

Junaidi yang juga Setiausaha Kehormat Angkatan Warisan Anak Sarawak (AWAS) berharap amalan dan tradisi seperti itu akan menjadi ikutan ahli-ahli PBB di peringkat akar umbi khasnya generasi muda.

“Oleh itu, saya berharap keharmonia­n dalam memilih pemimpin baharu dalam parti akan menjadi budaya kita di peringkat akar umbi, demi mengukuh perpaduan dan mengelak perpecahan bila berlaku sebarang perebutan kuasa,” katanya.

Presiden PBB yang juga Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Tertinggi PBB di Kuching kelmarin berkata, bagi menggantik­an dua jawatan tersebut, kali ini Ketua Wanita akan disandang sayap Bumiputera, sementara Ketua Pemuda disandang oleh sayap Pesaka.

Beliau berkata, kepimpinan parti sudah mempunyai calon pengganti, tetapi tidak akan mengumumka­n terlebih dahulu kerana perlu disahkan semasa Perhimpuna­n Agung Tritahunan PBB akan datang.

 ??  ?? ABDULLAH
ABDULLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia