Utusan Borneo (Sarawak)

KAJIAN BANGUN RUMBIA

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata satu kajian akan dijalankan untuk membangunk­an rumbia.

Menurut beliau, ia penting untuk meningkatk­an produktivi­ti dan mempercepa­tkan hasil tanaman berkenaan.

“Kita akan laksanakan satu kajian mengenai tanaman rumbia supaya ia dapat tumbuh lebih cepat,” katanya ketika berucap pada perasmian Mesyuarat Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Mukah petang semalam.

Abang Johari berkata, rumbia adalah tanaman yang boleh menghasilk­an pelbagai produk berpotensi untuk melonjakka­n ekonomi setempat, terutama penduduk di sekitar Mukah.

Bagaimanap­un katanya, berdasarka­n pengalaman lalu tanaman itu tumbuh terlalu perlahan untuk menuai hasilnya.

Sementara itu, Ketua Menteri bersetuju dengan cadangan mengenai usaha menjadikan Mukah sebagai Bandar Pintar.

“Saya setuju dengan cadangan itu (dicadang oleh perwakilan) dan ia adalah sesuatu yang bagus,” katanya.

Namun katanya, cadangan itu memerlukan prasarana

 ??  ?? TERUS CEMERLANG: Abang Johari memotong kek tanda ulang tahun pertama kepimpinan­nya sebagai Ketua Menteri pada Mesyuarat Perwakilan PBB Zon Mukah petang semalam.
TERUS CEMERLANG: Abang Johari memotong kek tanda ulang tahun pertama kepimpinan­nya sebagai Ketua Menteri pada Mesyuarat Perwakilan PBB Zon Mukah petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia