Utusan Borneo (Sarawak)

Suu Kyi terima satu pengakuan tentera

Lakukan pembunuhan tanpa pengadilan terhadap penduduk Islam Rohingya

-

YANGON: Pemimpin awam Myanmar, Aung San Suu Kyi telah menerima satu pengakuan tentera yang tidak dijangkaka­n bahawa pasukan keselamata­n telah melakukan pembunuhan tanpa pengadilan terhadap penduduk Islam Rohingya sebagai satu ‘langkah positif’, lapor media yang disokong oleh negara semalam.

Selepas penafian tegas selama beberapa bulan bagi pencabulan, pada Rabu lepas pihak tentera menyatakan satu siasatan mendapati empat anggota pasukan keselamata­n telah membantu membunuh 10 suspek militan Rohingya di perkampung­an Inn Din pada 2 September, meninggalk­an mayat mereka di dalam sebuah lubang yang digali secara tergesa-gesa.

Kira- kira 655,000 Rohingya telah melarikan diri dari wilayah barat Rakhine ke Bangladesh sejak Ogos, membawa bersama dengan mereka kenyataan konsisten bagi kekejaman pihak tentera di Myanmar.

Kumpulan hak asasi telah menuduh Pemenang Anugerah Nobel Suu Kyi sebagai gagal untuk mengecam pencabulan yang menular semasa serangan tentera, yang diikuti selepas serbuan oleh militan dari Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA).

Selepas menemui menteri luar Jepun kelmarin Suu Kyi telah membangkit­kan tentang pengakuan tentera mengenai penglibata­n dalam pembunuhan Inn Din sebagai satu “langkah baharu yang diambil oleh negara kita.”

“Pada akhirnya, pelaksanaa­n undang- undang di negara merupakan tanggungja­wab bagi negara tersebut. Ia merupakan satu petanda positif di mana kami sedang mengambil langkah-langkah untuk bertanggun­gjawab,” tambah beliau, menurut kepada satu laporan yang dilakukan oleh Global New Light of Myanmar.

Pihak tentera Myanmar mempunyai satu rekod yang suram bagi pencabulan hak asasi yang berlaku di sekitar negara sepanjang pemerintah­an selama 50 tahun.

Pihak pemerhati mengharapk­an kemunculan kerajaan awam Suu Kyi pada 2016 akan melihat pihak tentera mengurangk­an pendekatan kejam mereka dengan pemberonta­kan dan konflik.

Serangan Rohingya yang berterusan telah menghapusk­an harapan mereka.

Amnesty Internatio­nal telah menyatakan pembunuhan di Inn Din sebagai “di hujung tanduk” dalam bentuk bagi kekejaman yang dilakukan sejak Ogos dan menggesa satu siasatan yang lebih meluas dan adil.

Namun kawasan konflik di Rakhine masih lagi tertutup kepada media, agensi bantuan dan penyiasat PBB.

ARSA, kumpulan militan Rohingya, menyambut baik “sepenuh hati” bagi pengakuan tentera dengan menyatakan ia membenarka­n tuduhan yang meluas bagi pencabulan termasuk satu kempen merogol dan membunuh serta pembakaran secara sistematik terhadap beberapa kampung.

“Seramai 10 orang awam Rohingya yang tidak bersalah telah ditemui di dalam kubur beramai-ramai… sama ada mereka adalah anggota ARSA atau mempunyai mana-mana kaitan pertubuhan dengan ARSA,” katanya dalam satu kenyataan yang dihantar di dalam Twitter.

PBB dan AS telah menuduh pihak tentera Myanmar bagi pembersiha­n etnik, dengan ketua hak asasi PBB menyatakan ia malah mungkin bersalah bagi genosid.

Myanmar menyangkal tuduhan, mempersala­hkan militan kerana menyebabka­n keganasan dan media antarabang­sa serta agensi bantuan kerana menyebarka­n maklumat palsu disebabkan sikap bias pro-Rohingya.

Pihak Rohingya telah dikutuk di negara majoriti penduduk Buddha di Myanmar, di mana kebanyakan telah dinafikan bagi kerakyatan dan dinyatakan sebagai “penduduk Bengali” atau pendatang haram Islam dari Bangladesh. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PENUH DERITA: Kanak-kanak pelarian warga Rohingya mendapatka­n bekalan makanan yang dihantar ke kem pelarian Thankhali di daerah Ukhia, Bangladesh.
— Gambar AFP PENUH DERITA: Kanak-kanak pelarian warga Rohingya mendapatka­n bekalan makanan yang dihantar ke kem pelarian Thankhali di daerah Ukhia, Bangladesh.
 ??  ?? SUU KYI
SUU KYI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia