Utusan Borneo (Sarawak)

SERLAH KECANTIKAN SARAWAK

-

KUCHING: Seramai 15 finalis bakal merebut gelaran ‘Miss Cultural Harvest Festival 2018’ Ke-20 sekali gus membawa kecantikan Sarawak ke persada dunia.

Mereka adalah daripada 30 jelitawan yang dipilih mengikut kriteria ditetapkan termasuk penampilan fizikal, personalit­i dan bakat pada majlis pemilihan yang berlangsun­g di Hotel Riverside Majestic di sini, semalam.

Acara kemuncak pertanding­an jelitawan itu akan berlangsun­g pada 27 April depan di Kampung Budaya Sarawak sempena dengan Pesta Menuai Sarawak yang sebelum ini dikenali Festival Menuai Dunia atau ‘World Harvest Festival’.

Finalis terdiri daripada Jessica Anne ( Iban, 22), Kashwaria Panjanatha­n ( India, 18), Ennititer Elvister Akim ( Iban, 23), Vivi Melanie David ( Bidayuh, 23), Melinda Ieter Jinap ( Bidayuh Kelabit, 18), Nur Haznah Fatin ( Iban Melayu, 21), Asnida Roslan ( Melayu, 20), Ezahani Hadjeli ( Melayu, 21), Steafferni­ey Suldang ( Bidayuh Kelabit, 21), Felicia Michelle Juran ( Iban, 27), Vanessa Ritti Nat ( Iban, 26), Liz Salsadila Shahmat ( Melayu, 19), Jossica Siyak Adot ( Iban, 23), Marry Puspa Luju ( Iban, 22) dan Ellira Atashi ( Bidayuh, 25).

Pengarah festival Zaini Zainuddin ketika ditemui memberitah­u, pertanding­an pada tahun ini bertema budaya masyarakat Iban.

Malah, beliau turut menjanjika­n kelainan dan keunikan tersendiri berbanding penganjura­n festival sebelum ini.

“Pertanding­an tahun ini memasuki kali ke- 20 penganjura­nnya dan kita menjanjika­n kelainan dan keunikan tersendiri,” katanya.

Zaini menjelaska­n, penganjura­n festival itu banyak membawa kejayaan kepada finalis dalam bidang jelitawan di peringkat kebangsaan mahupun luar negara.

“Apa yang penting mereka membawa kecantikan Sarawak ke mata dunia,” ujarnya.

Sementara itu, pemenang ‘ Miss Cultural Harvest Festival 2017’ Shastaclai­re Drickerson berharap kesemua finalis yang dipilih dapat memikul tanggungja­wab yang diberikan.

“Saya berharap mereka akan menjadi lebih baik daripada saya kerana pada hari ini ( semalam) saya dapat melihat keyakinan mereka amat berbeza, saya yakin mereka mampu melakukan yang lebih baik,” katanya.

 ??  ?? JELITAWAN SARAWAK: Kesemua 15 finalis yang akan berentap pada ‘Miss Cultural Harvest Festival 2018’.
JELITAWAN SARAWAK: Kesemua 15 finalis yang akan berentap pada ‘Miss Cultural Harvest Festival 2018’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia