Utusan Borneo (Sarawak)

Nanas premium jana pertanian

Uggah seru lebih ramai pengusaha tampil sertai projek perintis

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

BAU: Industri pertanian diyakini menjadi sumber kekayaan baharu di Sarawak melalui pembanguna­n tanah dengan tanaman nanas premium.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata usaha pengkomers­ialan nanas jenis MD2 mampu menjana pendapatan kepada sektor pertanian.

“Sebelum ini kita tanam nanas untuk dimakan sahaja, tetapi kini mesti ubah pemikiran bahawa tanaman ini boleh dipasarkan,”

Sebelum ini kita tanam nanas untuk dimakan sahaja, tetapi kini mesti ubah pemikiran bahawa tanaman ini boleh dipasarkan.” Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

katanya.

Uggah berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pelancaran Projek Perintis Tanaman Nanas Premium Sarawak di Kampung Pa- dang Pan di sini semalam.

Mengulas lanjut katanya, dengan bantuan Lembaga Perindustr­ian Nanas Malaysia (LPNM) Sarawak mampu membantu pengeluara­n hasil nanas di Malaysia.

Bagaimanap­un, Uggah berkata Sarawak berdepan dengan masalah pemasaran produk.

“Oleh itu, LPNM akan membantu Sarawak dalam memperluas­kan pasaran nanas untuk dikomersia­lkan,” jelasnya yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah.

Tambahnya, kerajaan negeri telah menjalinka­n kerjasama dengan syarikat utama yang berpengala­man luas dalam sektor pemasaran pertanian.

Penggunaan teknologi baharu katanya, juga memainkan peranan penting dalam transforma­si pertanian di Sarawak.

Bercakap mengenai projek perintis itu, Uggah berkata dengan kaedah penanaman nanas mengikut faktor geografi tanah tinggi memberikan kelebihan ke- pada Sarawak menghasilk­an tanaman yang lebih banyak.

“Sekiranya projek ini berjaya, kita mampu menamam nanas dengan keluasan tanah 500,000 hektar.

“Kita berharap agar selepas ini lebih ramai pengusaha tanaman nanas tampil untuk menyertai projek ini,” katanya.

Hadir sama Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Anthony Nogeh Gumbek dan Pengerusi LPNM Datuk Shamsul Bahri Jamil.

 ??  ??
 ??  ?? MAJUKAN PERTANIAN: Uggah ketika bersama Nogeh dan Shamsul semasa menyempurn­akan pelancaran Projek Perintis Tanaman Nanas Premium di Bau semalam.
MAJUKAN PERTANIAN: Uggah ketika bersama Nogeh dan Shamsul semasa menyempurn­akan pelancaran Projek Perintis Tanaman Nanas Premium di Bau semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia