Utusan Borneo (Sarawak)

JKN sahkan notis makluman JE kepada penduduk Kota Samarahan

-

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak mengesahka­n notis makluman Japanese Encephalit­is (JE) yang dikeluarka­n oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan kepada penduduk sekitar Kota Samarahan.

JKN Sarawak dalam satu kenyataan semalam memberitah­u, notis itu telah dikeluarka­n susulan pengesanan satu kes JE atau sporadik (bukan wabak) melibatkan seorang penduduk yang menetap di Kampung Tanjung Bundong Fasa 1.

Notis tersebut adalah berkenaan aktiviti pencegahan JE melalui banci populasi bertujuan mengenal pasti penduduk di bawah umur sembilan bulan hingga 15 tahun yang layak dan tidak pernah disuntik vaksin JE.

Aktiviti bancian itu meliputi semua lokaliti dalam lingkungan dua kilometer radius dari rumah kes melibatkan Kampung Tanjung Bundong Fasa 1 hingga 3, Kam- pung Tanjong Bundong Tradisi, Kampung Muara Tuang dan Taman Desa Damai mulai 5 Januari hingga 20 Januari 2018, jam 9 pagi hingga 9 malam.

“Suntikan vaksin JE akan terus diberikan kepada yang layak bagi memberikan perlindung­an sepenuhnya daripada jangkitan JE,” kata kenyataan itu semalam.

Bagi tindakan kawalan dan pencegahan JE, JKN Sarawak juga telah melaksanak­an aktiviti berikut sertamerta iaitu penyembura­n kabus dan aktiviti ’larvicidin­g’ pada 5 Januari lalu bagi membunuh jentik-jentik nyamuk dalam lingkungan 200 meter radius dari rumah kes.

Pemantauan rapi turut diteruskan melalui pelaporan semua klinikklin­ik dan hospital kerajaan termasuk swasta selain meningkatk­an aktiviti pendidikan kesihatan dan langkahlan­gkah pencegahan berkaitan JE kepada masyarakat setempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia