Utusan Borneo (Sarawak)

Kawasan Bidayuh berpotensi dibangun pertanian moden

Infrastruk­tur asas sudah ada namun teknologi perlu dinaik taraf untuk membolehka­n pendekatan moden diguna pakai

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kawasan Bidayuh dikenal pasti berpotensi besar untuk dibangunka­n dari segi pertanian moden sekali gus meningkatk­an produktivi­ti serta pertumbuha­n ekonomi masyarakat­nya.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kebanyakan kawasan tersebut mempunyai infrastruk­tur asas tetapi perlu dinaik taraf dengan teknologi untuk membolehka­n pertanian moden diguna pakai.

“Kita telah berbincang sesama sendiri dam kita mendapati kawasan Bidayuh dikenal pasti berpotensi besar dalam pertanian moden, malah kawasan mereka bukan sahaja mempunyai sumber seperti tanah yang subur dan infrastruk­tur asas yang perlu dinaik taraf tetapi juga mempunyai bakat- bakat masyarakat­nya.

“Dari segi nisbah, kaum Bidayuh mempunyai bakat yang tinggi dan jika semua ini disatukan dari segi sumber, infrastruk­tur dan bakat, saya percaya kawasan Bidayuh memberi impak positif kepada pertumbuha­n ekonomi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon 3 yang dihadiri dua Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong di sini, semalam.

PBB Zon 3 terdiri daripada enam cawangan iaitu Serembu, Mambong, Tarat, Tebedu, Kedup dan Bukit Semuja iaitu kawasan majoriti Bidayuh.

Merujuk kepada enam cawangan kawasan Bidayuh berkenaan, Abang Johari

Dari segi nisbah, kaum Bidayuh mempunyai bakat yang tinggi dan jika semua ini disatukan dari segi sumber, infrastruk­tur dan bakat, saya percaya kawasan Bidayuh memberi impak positif kepada pertumbuha­n ekonomi. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

berkata, kawasan itu dilihat berpotensi dalam pembanguna­n ekonomi terutama kawasan Serian- Kuching yang mempunyai majoriti tanaman durian.

Dengan kedudukan kawasan Bidayuh yang berdekatan dengan bandar raya, institusi pengajian tinggi, mempunyai sumber tanah, pasaran selain mempunyai kemudahan, ia merancakka­n lagi ekonomi mereka selain berpotensi menjadi zon pengeluara­n buah-buahan, katanya.

“Dalam kita merangka pembanguna­n ekonomi kita tiada pilihan melainkan untuk mendukung teknologi dan untuk mengangkat ekonomi ia perlu mempunyai tiga elemen penting iaitu kemahiran, pengetahua­n dan prasarana. Saya rasa enam cawangan kawasan Bidayuh mempunyai semua elemen itu,” jelasnya.

Beliau memberitah­u, dengan adanya pemimpin Bidayuh yang bersatu meskipun daripada parti politik berbeza, impak yang baik dapat dihasilkan.

Kawasan Bidayuh juga berpotensi sebagai tarikan pelanconga­n sama ada dari Kuching-Serian, Bau-Lundu hingga ke Sematan yang boleh dinikmati dalam masa 40 minit perjalanan sahaja.

“Dalam erti kata lain, kawasan Bidayuh berpotensi besar untuk dibangun yang meningkatk­an produktivi­ti serta pertumbuha­n ekonomi mereka,” katanya.

Hadir sama Menteri Kerja Raya yang juga Ketua Pemuda PBB Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Utiliti selaku Setiausaha Agung PBB Dato Sri Dr Rundi Utom dan ketuaketua cawangan PBB Zon 3.

 ??  ?? SAMBUTAN MERIAH: Abang Johari bersalaman dengan ahli-ahli PBB Zon 3 semasa tiba untuk merasmikan mesyuarat perwakilan semalam. Turut kelihatan isteri beliau, Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang (kanan).
SAMBUTAN MERIAH: Abang Johari bersalaman dengan ahli-ahli PBB Zon 3 semasa tiba untuk merasmikan mesyuarat perwakilan semalam. Turut kelihatan isteri beliau, Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia