Utusan Borneo (Sarawak)

Komuniti Bidayuh hanya guna BN semasa kempen, bukan nama parti

-

KUCHING: Wakil rakyat komuniti Bidayuh bersetuju bahawa setiap kali berkempen menjelang pilihan raya, mereka menggunaka­n Barisan Nasional (BN) bukan berdasarka­n nama parti politik.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Michael Manyin Jawong memberi jaminan ia bagi memastikan kemenangan kepada semua kerusi majoriti Bidayuh setiap kali pilihan raya.

“Apabila pilihan raya sama ada pilihan raya negeri atau pilihan raya umun, kami kaum Bidayuh akan meneruskan sokongan kepada BN semasa berkempen tanpa memikirkan mewakili parti politik mana.

“Kami akan terus bersatu dan bersetuju bahawa apabila berkempen pada pilihan raya kami tidak menggunaka­n parti sebaliknya hanya menggunaka­n BN,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Cawangan PBB Zon 3 yang disempurna­kan Ketua Menteri merang- kap Presiden PBB Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta dihadiri dua Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di sini, semalam.

Manyin berkata, sebagai contoh pada pilihan raya negeri lepas, mereka tetap memberi sokongan dan bekerjasam­a bagi kerusi DUN Mambong yang mencalonka­n Datuk Dr Jerip Susil sebagai calon langsung BN.

Beliau berkata mereka tidak melihat kempen berkenaan sebagai mewakili parti yang dianggotai Dr Jerip iaitu UPP, sebaliknya adalah BN dengan memastikan ia tidak keluar dari konteks BN.

“Bidayuh tidak menyerahka­n kepada parti kerana kami tahu bahawa ramai komuniti Bidayuh menjadi ahli parti politik yang berbeza.

“Maka kami mengambil pendekatan untuk bekerjasam­a dan bersatu melalui satu sahaja iaitu BN,” kata Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia