Utusan Borneo (Sarawak)

Falsafah pemimpin Bidayuh bawa komuniti ke hadapan: KM

-

KUCHING: Falsafah pemimpin Bidayuh yang menekankan perpaduan tanpa mengira latar belakang parti politik memainkan peranan penting dalam membangunk­an komuniti itu ke hadapan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, falsafah yang telah dipegang sejak sekian lama oleh pemimpin Bidayuh itu juga telah menjadikan Bidayuh membangun dari pelbagai aspek.

“Kita boleh melihat kaum Bidayuh dalam pelbagai parti politik berbeza, sama ada dalam PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Bersatu (UPP) atau Parti Demokratik Progresif (PDP) tetapi mereka tetap bersatu.

“Bagi mereka asalkan Bidayuh bergerak ke hadapan mereka tetap akan bersatu dan saya yakin dengan falsafah ini mereka mampu mengubah landskap komuniti dan politik Bidayuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon 3 yang dihadiri dua Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong di sini, semalam.

PBB Zon tiga berkenaan terdiri daripada enam cawangan iaitu Serembu, Mambong, Tarat, Tebedu, Kedup dan Bukit Semuja, iaitu kawasan majoriti Bidayuh.

Sementara itu, ditanya pemberita selepas majlis perasmian berhubung penyelesai­an perbalahan antara SUPP dan UPP, Abang Johari yang juga Pengerusi BN Negeri berkata, beliau hanya akan mendedahka­n ia selepas mencapai keputusan.

“Tidak perlu untuk saya memberitah­u anda (media), itu saya kerja saya... tidak perlu untuk dikongsika­n dahulu.

“Kalau saya sudah membuat keputusan, baharu saya akan dedahkan... saya sudah ada (formula) tetapi belum dapat dedahkan,” tegasnya.

Berhubung selepas setahun memegang tampuk kepimpinan negeri ini sebagai Ketua Menteri, Abang Johari berkata, beliau telah berjaya melaksanak­an beberapa dasar ekonomi digital.

Bagaimanap­un beliau berharap dalam masa jangka panjang, beliau dapat melonjakka­n ekonomi Sarawak ke tahap yang lebih tinggi.

“Ekoran daripada pelaksanaa­n dasar yang diperkenal­kan saya dan akhirnya berjaya melaksanak­an infrastruk­tur digital dan menubuhkan institusi kewangan negeri menerusi Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS).

“Di samping itu, Yayasan Sarawak turut menambah biaya dermasiswa dan memberi pinjaman pendidikan bagi membolehka­n ramai anak negeri melanjutka­n pelajaran ke institusi pendidikan tinggi dalam jurusan baharu, khususnya dalam bidang siber dan teknologi,” katanya.

 ??  ?? PERASMIAN: Abang Johari memukul gong sebagai simbolik perasmian Mesyuarat Perwakilan PBB Zon 3, semalam.
PERASMIAN: Abang Johari memukul gong sebagai simbolik perasmian Mesyuarat Perwakilan PBB Zon 3, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia