Utusan Borneo (Sarawak)

KTS dan STIHL anjur tujuh program Cuci Kereta Amal sebagai CSR bantu sekolah Cina di luar bandar Sarawak, Sabah

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Kumpulan Syarikat KTS dan STIHL akan menganjurk­an tujuh program Cuci Kereta Amal untuk mengutip sejumlah RM1.5 juta bagi membantu 23 sekolah persendiri­an Cina di kawasan luar bandar Sarawak dan Sabah.

Timbalan Pengarah Urusan KTS Temenggung Datuk Vincent Lau berkata program itu diadakan sempena ulang tahun ke-50 kolaborati­f KTS dan STIHL sejak 1968 yang turut menjadi sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat (CSR) pihaknya yang diadakan lima tahun sekali.

“Sejak 55 tahun penubuhan KTS, CSR merupakan proses strategikn­ya dalam integrasi perniagaan dan membentuk prestasi persekitar­an sosial serta nilai dalam kerja teknikal bagi kestabilan syarikat. Usaha itu akan dijalankan secara berterusan.

“Kupon cucian amal ini telah diedarkan kepada 23 sekolah yang terlibat untuk dijual kepada orang ramai dengan sasaran 15,000 kupon bernilai RM30 setiap satu, menjadikan jumlah yang bakal dikutip sebanyak RM450,000.

“KTS juga akan menambah nisbah 2:1 daripada RM30 sekupon menjadikan kutipan berjumlah RM900,000 yang mana enam daripada 23 sekolah tersenarai masing-masing akan menerima sebanyak RM25,000 menjadikan nilai kutipan berjumlah RM150,000.

“Secara keseluruha­n nilai kutipan yang disasarkan ialah RM1.5 juta,” ujarnya pada Majlis Perasmian Cuci Kereta Amal dan Ulang Tahun Ke-50 KTS/STIHL di KTS Garden semalam.

Vincent yang juga Pengerusi Persatuan Jawatankua­sa Kesatuan Sekolah Cina Malaysia (Dong Zhong) menjelaska­n kutipan dana itu bertujuan membantu sekolah persendiri­an Cina yang tidak mendapat sebarang geran daripada kerajaan.

Tujuh lokasi dipilih bagi tujuan tersebut dan selepas KTS Garden semalam, program sama akan diadakan di Sibu, Bintulu, Miri, Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau sekitar Mac bermula jam 8 pagi sehingga 4 petang yang turut melibatkan guru dan murid sekolah-sekolah terbabit.

Kupon telah mula dijual kepada orang ramai sejak Oktober lalu.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Penasihat STIHL Holdings Dr Nikolas Stihl, Ahli Lembaga Penasihat STIHL Holdings Selena Stihl, Ahli Lembaga Eksekutif Pemasaran dan Jualan Nobert Pick, Pengurus Kanan Eksport Asia Pasifik dan Timur Tengah Wendelin Ganter, Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat KTS Dato Henry Lau dan Pengurus Besar Pusat Khidmat STIHL Asia Tenggara Tim Zhang.

 ??  ?? RASMI: Nikolas (dua kanan) dan Norbert (tiga kanan) menyempurn­akan simbolik perasmian majlis di KTS Garden semalam.
RASMI: Nikolas (dua kanan) dan Norbert (tiga kanan) menyempurn­akan simbolik perasmian majlis di KTS Garden semalam.
 ??  ?? MENDAP: Dr Abdul Rahman (kiri) bersama ketua-ketua jabatan melihat tanah mendap di Bukit Kota, semalam.
MENDAP: Dr Abdul Rahman (kiri) bersama ketua-ketua jabatan melihat tanah mendap di Bukit Kota, semalam.
 ??  ?? BERKUALITI: Jurujual STIHL menjalanka­n promosi produk keluaran syarikat itu.
BERKUALITI: Jurujual STIHL menjalanka­n promosi produk keluaran syarikat itu.
 ??  ?? AKTIVITI AMAL: Vincent ketika berucap pada majlis itu.
AKTIVITI AMAL: Vincent ketika berucap pada majlis itu.
 ??  ?? CUCI: Kerja-kerja amal mencuci kereta giat dijalankan selepas hujan berhenti awal pagi semalam.
CUCI: Kerja-kerja amal mencuci kereta giat dijalankan selepas hujan berhenti awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia