Utusan Borneo (Sarawak)

Lembaga Penasihat STIHL Holdings serikan Peraduan Mewarna KTS/STIHL

-

KUCHING: Lembaga Penasihat STIHL Holdings menyerikan Peraduan Mewarna Ulang Tahun Ke-50 KTS/STIHL dengan menyampaik­an hadiah kepada para pemenang di Crown Square semalam.

Elina Chua Wun Sze tersenyum lebar apabila diumumkan sebagai johan Kategori B berumur 10-12 tahun apabila menerima hadiah yang disampaika­n oleh Ahli Lembaga Penasihat STIHL Holdings Selena Stihl.

Chua membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM150, trofi, 10 keping buku latihan Bvook, maskot Platipus dan pek pensel warna.

Bagi kategori sama, Cheh Szi Why dan Eva Chung Jie masing-masing muncul pemenang tempat kedua dan ketiga yang turut menerima hadiah daripada Selena.

Cheh menerima wang tunai RM100, 10 buku latihan, maskot Platipus dan pek pensel warna, manakala Chung menerima wang tunai RM60, trofi, 10 buku latihan dan maskot Platipus.

Bagi kategori A berumur tujuh hingga sembilan tahun, johan dirangkul oleh Yuki Chiong Ki Xin yang menerima wang tunai RM150, trofi, 10 buku latihan Bvook, maskot Platipus dan pek pensel warna daripada Ahli Lembaga Eksekutif Pemasaran dan Jualan Nobert Pick.

Norbert kemudianny­a men- yampaikan hadiah kepada pemenang tempat kedua dan ketiga masing- masing kepada Kee Phiong dan Phua Yee Sian.

Kee menerima hadiah wang tunai RM100, trofi, 10 keping buku latihan, maskot Platipus dan pek pensel warna, manakala Phua menerima wang tunai RM60, trofi, 10 keping buku latihan dan maskot Platipus.

Seramai 40 kanak-kanak daripada kategori A dan B menerima hadiah sagu hati.

Majlis penyampaia­n hadiah itu turut dihadiri Pengurus Kanan Eksport Asia Pasifik dan Timur Tengah Wendelin Ganter dan Pengurus Besar Pusat Khidmat STIHL Asia Tenggara Tim Zhang.

Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat KTS Dato Henry Lau, Timbalan Pengarah Urusan KTS Temenggung Datuk Vincent Lau dan Pengurus Besar KTS Trading Sdn Bhd Augustine Ling.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Penasihat STIHL Holdings Dr Nikolas Stihl Dr Nikolas Stihl turut menghadiri satu sesi bual bicara bersama penyampai TEA FM, semalam.

 ??  ?? BUAL BICARA: Nikolas (duduk kanan) dan Selena (duduk tengah) ketika ditemu bual oleh penyampai radio TEA FM. Turut kelihatan Vincent (berdiri kiri), Henry (dua kiri) serta yang lain.
BUAL BICARA: Nikolas (duduk kanan) dan Selena (duduk tengah) ketika ditemu bual oleh penyampai radio TEA FM. Turut kelihatan Vincent (berdiri kiri), Henry (dua kiri) serta yang lain.
 ??  ?? CERIA: Norbert (berdiri kanan) bersama Augustine (baris kedua) bersama para pemenang kategori A Peraduan Mewarna Ulang Tahun Ke-50 KTS/ STIHL, semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Chiong, Kee serta Phua.
CERIA: Norbert (berdiri kanan) bersama Augustine (baris kedua) bersama para pemenang kategori A Peraduan Mewarna Ulang Tahun Ke-50 KTS/ STIHL, semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Chiong, Kee serta Phua.
 ??  ?? TAHNIAH: Selena (berdiri kanan) dan Augustine (baris kedua) bersama para pemenang kategori B Peraduan Mewarna UlangTahun Ke-50 KTS/ STIHL, semalam. Kelihatan sama (dari kiri) Chua, Cheh dan Chung.
TAHNIAH: Selena (berdiri kanan) dan Augustine (baris kedua) bersama para pemenang kategori B Peraduan Mewarna UlangTahun Ke-50 KTS/ STIHL, semalam. Kelihatan sama (dari kiri) Chua, Cheh dan Chung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia