Utusan Borneo (Sarawak)

Mendiang memiliki perwatakan baik, kehilangan besar buat Sarawak: Ahmad Zahid

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Mendiang Tan Sri Celestine Ujang Jilan disifatkan sebagai seorang pemimpin berwibawa yang wajar dicontohi oleh barisan pemimpin pelapis muda masa kini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bekas menteri kabinet Sarawak itu memiliki perwatakan yang baik dan memulakan kerjaya politiknya pada usia yang muda.

“Tan Sri Celestine merupakan contoh (pemimpin berwibawa) terbaik yang harus diteladani oleh pemimpinpe­mimpin politik kita yang muda.

“Saya harap kesinambun­gan politik yang beliau tinggalkan akan diteruskan oleh menantunya, Datuk Alexander Nanta Linggi (Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah),” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas memberi penghormat­an terakhir ke atas mendiang di kediamanny­a di Jalan Urat Mata di sini, malam kelmarin.

Ketibaan Menteri Dalam Negeri itu pada jam 8 malam kelmarin disambut oleh Alexander bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Ahmad Zahid berkata, pemergian mendiang Celestine merupakan kehilangan besar buat dirinya dan seluruh rakyat Sarawak.

“Saya kehilangan seorang sahabat lama bahkan seorang abang yang saya kenali sejak tahun 1987.

Tan Sri Celestine merupakan contoh (pemimpin berwibawa) terbaik yang harus diteladani oleh pemimpinmu­da.” pemimpin politik kita yang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid Timbalan Perdana Menteri

“Ketika itu, mendiang dalam kepimpinan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan saya dengan Pemuda UMNO bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kami merupakan sahabat karib dalam Pemuda Barisan Nasional (BN) di mana saya kerap mengunjung­i beliau ketika sihat dan sakit. Malah, hari jadi mendiang pada tahun lalu juga saya sempat raikan bersamanya,” katanya.

Ahmad Zahid turut men- yatakan kesediaann­ya untuk membantu anggota keluarga mendiang jika diperlukan sambil memohon agar mereka menerima pemergian Celestine dengan hati yang tabah.

Hadir sama memberi penghormat­an terakhir ialah bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan menteri-menteri kabinet negeri yang lain.

Celestine meninggal dunia pada kira-kira jam 7.40 malam Rabu lalu di sebuah hospital swasta. Mendiang, 71, meninggalk­an balu Puan Sri Elizabeth Pawa dan tiga anak perempuan iaitu Malvina, Angelina dan Priscilla.

Sepanjang karier politiknya sebelum bersara pada 2001, mendiang pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena dan memegang beberapa portfolio antaranya Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan serta Menteri Perumahan, selain menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sarawak dari 1981 hingga 1987.

Selepas itu, mendiang menceburi bidang perniagaan dan menjadi Penasihat Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Dayak (DCCI).

 ??  ?? PERGINYA SAHABAT LAMA: Ahmad Zahid memberi penghormat­an terakhir ke atas mendiang Celestine di kediamanny­a di Jalan Tabuan Urat Mata, Kuching, malam kelmarin.
PERGINYA SAHABAT LAMA: Ahmad Zahid memberi penghormat­an terakhir ke atas mendiang Celestine di kediamanny­a di Jalan Tabuan Urat Mata, Kuching, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia