Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Kampung Tg Bundong anjur tahlil Allahyarha­m Tok Nan

-

KOTA SAMARAHAN: Meskipun genap setahun pemergian Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Nan, nama dan jasanya sentiasa melekat di bibir rakyat negeri ini terutama penduduk Kampung Tanjung Bundong di sini.

Hal ini kerana Allahyarha­m pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang pada 1979 pada satu pilihan raya kecil dan mengekalka­n kerusi tersebut pada enam pilihan raya negeri berikutnya.

Jasa beliau yang tidak terkira dalam memajukan DUN Muara Tuang amnya dan Kampung Tanjung Bondong khasnya sentiasa menjadi ingatan buat rata-rata penduduk di kawasan itu sehingga kini.

Sehubungan itu, ADUN Muara Tuang Datuk Idris Buang bersama penduduk Kampung Tanjung Bundong mengadakan majlis tahlil untuk Allahyarha­m Tok Nan di Masjid Darul Salam, Kampung Tanjung Bundong Tradisi malam Jumaat lalu.

Idris dalam ucapan ringkasnya berkata, penganjura­n majlis tahlil itu bersama-sama penduduk kampung bagi memperinga­ti perjuangan dan jasa Allahyarha­m Tok Nan.

“Marilah kita bersama-sama mengingati akan perjuangan dan jasa yang tidak terkira dan ternilai yang telah dicurahkan Allahyarha­m Tok Nan kita agar beliau ditempatka­n dalam kalangan orang- orang yang beriman.

“Malah, Allahyarha­m Tok Nan pergi meninggalk­an jasa yang sangat bernilai dalam kalangan anak-anak Sarawak,” katanya.

Majlis tahlil itu dihadiri 100 penduduk kampung yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur bermula dengan solat Maghrib diikuti bacaan tahlil dan Yasin dan kemudianny­a solat Isyak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia