Utusan Borneo (Sarawak)

Berniaga mampu tingkat ekonomi generasi muda

-

KUCHING: Penglibata­n generasi muda dalam perniagaan kecil-kecilan penting untuk meningkatk­an sosioekono­mi golongan tersebut.

Pengerusi Persatuan Penjaja Uptown Dewan Suara Kuching (PPUDSK) Hamka Abdullah berkata penganjura­n aktiviti jualan itu dapat memberikan pengalaman kepada mereka dalam bidang keusahawan­an.

Malah, menerusi program yang dilaksanak­an PPUDSK, golongan itu turut berpeluang merasai sendiri usaha mencari pendapatan sampingan.

Selain itu katanya, penglibata­n belia dalam bidang perniagaan mam- pu mengelak generasi pelapis negara itu dari terjebak dengan aktiviti tidak sihat.

“Tujuan utama program yang kita (PPUDSK) adalah untuk menarik minat warga belia khususnya di bandar raya Kuching.

“Diharap ia dapat mengurangk­an penglibata­n dalam aktiviti kurang sihat yang kebiasaann­ya terjadi pada majlis keraian utama di negeri ini,” katanya ketika dihubungi.

Secara tidak langsung katanya, ia dapat memupuk minat mereka dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan.

Menurut Hamka, hasil temu bual bersama pen- gunjung mendapati ratarata mereka berpuas hati dengan program yang diadakan kerana ia menghiburk­an dan santai sambil menikmati pelbagai jenis makan yang dijual oleh para penjaja.

“Mereka juga berharap agar program seperti ini dapat diadakan lagi oleh pihak PPUDSK bagi memeriahka­n bandar Kuching di malam hari.

“Mereka juga berkata, program seperti ini dapat memupuk semangat berdikari di kalangan belia untuk mencari rezeki dan bersosial dengan aktiviti yang sihat,” katanya.

Hamka berkata, ini bersesuaia­n dengan lokasi Dewan Suarah Kuching yang serba lengkap dengan kemudahan riadah, selain pentas, tandas awam, ‘skatepark,’ padang futsal dan sebagainya.

Turut diadakan pada sambutan tersebut ialah ‘bike gathering,’ pertanding­an ‘autoshow,’ pertanding­an ‘Beat Box Battle’ dan persembaha­n nyanyian oleh pengunjung yang berminat untuk menyertai sesi karaoke.

Selain itu, tarian moden yang dipersemba­hkan oleh YOHH COMMUNITY diketuai Kelana Akira Abdullah menjadi tarikan utama kepada pengunjung pada malam tersebut.

 ??  ?? TAHNIAH: Hamka menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada salah salah seorang pemenang.
TAHNIAH: Hamka menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada salah salah seorang pemenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia