Utusan Borneo (Sarawak)

PBB Pantai Damai yakin kekal majoriti 9,000 lebih undi PRU14

-

KUCHING: Jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pantai Damai yakin dapat kekalkan majoriti 9,000 lebih undi bagi kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Ketua PBB Cawangan Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi berkata perkara ini tidak mustahil jika semua ahli parti di peringkat cawangan dan ranting sama-sama berusaha.

“Jika imbau kembali PRU13 pada tahun 2013 dan Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) pada tahun 2016, kita di Pantai Damai berjaya memperoleh­i majoriti 9,000 lebih undi pada dua pilihan raya tersebut.

“Maknanya dalam tempoh antara 2013 hingga 2016, sokongan rakyat dan pengundi kepada PBB dan Barisan Nasional (BN) amnya adalah kekal utuh.

“Jadi, saya percaya keper- cayaan yang diberikan oleh rakyat ini dapat dikekalkan pada PRU14 yang bakal berlangsun­g pada bila-bila masa dari sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpuna­n Pemimpin PBB Cawangan N.4 Pantai Damai di salah sebuah hotel di sini semalam.

Perhimpuna­n tersebut disertai oleh seramai 132 pemimpin utama PBB dari cawangan tersebut melibatkan sebanyak 41 ranting yang terdiri daripada tiga zon Santubong, Telaga Air dan Seberang Hilir.

Bercakap mengenai perhimpuna­n tersebut, menurut Dr Rahman yang juga Menteri Muda Bekalan Elektrik, ia merupakan sebahagian daripada persiapan menjelang PRU14.

“Fokus utama kita adalah kepada apa yang akan berlaku dalam tempoh dua bulan akan datang ini atau kurang daripada dua bulan.

“Pada dua pilihan raya lepas kita telah membuat persiapan yang lebih awal dan begitu juga pada PRU14 ini di mana kita mengambil pendekatan yang sama dengan sedikit kelainan,” katanya.

Bagi memperkuat­kan lagi jentera PBB Pantai Damai, parti katanya akan terus berusaha meningkatk­an jumlah keahlian menyamai jumlah pengundi di kawasan ini.

PBB Pantai Damai katanya, juga merancang untuk mengadakan program pemukiman pada Februari ini untuk meraih seramai boleh penyokong.

Selain itu, program-program yang relevan turut akan diadakan secara berasingan oleh pergerakan pemuda dan wanita untuk memperkuku­hkan lagi parti.

 ??  ?? BARISAN MANTAP: Dr Rahman (duduk tengah) merakamkan gambar bersama barisan pemimpin utama PBB Cawangan Pantai Damai sempena perhimpuna­n di Kuching semalam.
BARISAN MANTAP: Dr Rahman (duduk tengah) merakamkan gambar bersama barisan pemimpin utama PBB Cawangan Pantai Damai sempena perhimpuna­n di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia