Utusan Borneo (Sarawak)

Perjuangan pelajar kian mencabar di peringkat menengah: Teng

-

SARIKEI: Perjuangan pelajar semakin mencabar dan penuh dugaan apabila melangkah ke peringkat menengah, kata Setiausaha Politik Ketua Menteri Teng Ung Woo.

Beliau berkata, pelajar peringkat menengah perlu bersedia menghadapi persaingan sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulu­m.

“Jika ingin berjaya, kita menasihatk­an pelajar agar menjaga disiplin, menghadiri kelas yang ditetapkan dan memastikan setiap tugasan diberikan guru disiapkan dengan sempurna.

“Namun demikian, kita berharap pelajar ini tidak hanya fokus kepada bidang akademik semata- mata, malah perlu aktif dalam bidang sukan dan aktiviti luar kelas yang dianjurkan pihak sekolah,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Tautan Kasih dan Jalinan Budi di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Anthony (SAS) di sini, kelmarin.

Majlis itu dihadiri para pelajar tingkatan satu dan peralihan SAS, ibu bapa pelajar serta warga sekolah lain.

Menurut Teng, pelajar peringkat menengah perlu juga bijak memilih rakan agar mereka tidak terpengaru­h dengan perkara melalaikan.

Beliau turut menggalakk­an pelajar membimbing rakan sebaya agar menjauhkan diri daripada sebarang aktiviti tidak berfaedah.

“Kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk merealisas­i hasrat kerajaan melahirkan pelajar berketeram­pilan dan berkualiti.

“Kepada masyarakat, jangan beranggapa­n bahawa tanggungja­wab mendidik anak bangsa ini adalah tanggungja­wab warga pendidik sahaja.

“Sedarlah bahawa tanggungja­wab mendidik anak bangsa perlu digalas semua pihak, justeru kerjasama semua pihak dalam memastikan kecemerlan­gan pendidikan amat diperlukan,” tegas Teng.

Pada majlis itu, Teng turut menyampaik­an insentif kepada pelajar tingkatan satu dan peralihan SAS yang mencapai prestasi memberangs­angkan ketika di tahun enam pada 2017.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sarikei Radin Foji, Pengetua SMK St Anthony Sarikei Liong Shou Chuan dan Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah Fr James Ting Siong Hung.

 ??  ?? AKAN DISAMBUNG SEMULA: Bot ekspres Bahagia 8 kelihatan berlabuh di Terminal Penumpang Sibu.
AKAN DISAMBUNG SEMULA: Bot ekspres Bahagia 8 kelihatan berlabuh di Terminal Penumpang Sibu.
 ??  ?? TERUSKAN KECEMERLAN­GAN: Teng menyampaik­an insentif kepada pelajar tingkatan satu pada Majlis Tautan Kasih dan Jalinan Budi di SMK St Anthony, Sarikei semalam.
TERUSKAN KECEMERLAN­GAN: Teng menyampaik­an insentif kepada pelajar tingkatan satu pada Majlis Tautan Kasih dan Jalinan Budi di SMK St Anthony, Sarikei semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia