Utusan Borneo (Sarawak)

Pemberhent­ian sementara sejak 10 Januari berikutan cuaca buruk

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Perkhidmat­an bot ekspres dari Sibu ke Kuching akan disambung semula pada 15 Januari ini selepas dihentikan sementara sejak 10 Januari lepas berikutan cuaca buruk.

Perkara ini disahkan oleh Lembaga Sungai- Sungai Sarawak ( LSS) dan notis berhubung pemberhent­ian sementara operasi bot ekspres itu juga dipamerkan di kaunter tiket Terminal Penumpang Sibu (TPS).

Penolong Kontroler LSS Sibu ( Wilayah II) Hatta Morshidi berkata, operasi bot ekspres itu dihentikan sementara berikutan cuaca buruk dan laut bergelora. “Operasi bot ekspres dari Kuching ke Sibu yang dihentikan sejak 10 Januari lepas akan disambung semula pada 15 Januari ini.

“Keselamata­n penumpang adalah keutamaan kita,” ujarnya ketika dihubungi, kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kesahihan laporan dalam Facebook berhubung operasi bot ekspres Kuching-SibuKuchin­g yang dihentikan sementara waktu.

Menurut Hatta, hanya dua bot ekspres beroperasi bagi laluan tersebut di mana bot dari Kuching akan berlepas ke Sibu pada jam 8.30 pagi, sementara dari Sibu ke Kuching pada jam 11.30 pagi.

“Dua bot ekspres ini ialah Bahagia 1 dan Bahagia 8,” katanya sambil menambah bot ekspres terbabit masing-masing boleh membawa 178 penumpang dan 208 penumpang. Menyentuh mengenai laluan bot ekspres lain seperti Sibu-Song-Kapit, beliau berkata operasi bagi laluan terbabit berjalan seperti biasa.

Hatta juga menasihati orang ramai agar menghubung­i pejabat LSS menerusi talian 084- 316676 sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan mengenai operasi bot ekspres.

Operasi bot ekspres dari Kuching ke Sibu yang dihentikan sejak 10 Januari lepas akan disambung semula pada 15 Januari ini. Keselamata­n penumpang

kita. ” adalah keutamaan Hatta Morshidi Penolong Kontroler LSS Sibu ( Wilayah II)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia