Utusan Borneo (Sarawak)

Umum Tun Mahathir sebagai calon PM sekadar taktik PH pancing undi

-

MIRI: Taktik Pakatan Harapan (PH) menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri hanya satu usaha untuk memancing undi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata Tun Mahathir hanya dijadikan boneka kepada PH untuk mempengaru­hi undi rakyat.

“Rakyat tidak boleh memperjudi­kan masa depan dengan menukar kerajaan sewenang-wenangnya kerana mereka perlu belajar daripada sejarah dan kesilapan lalu,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Dennis berkata, usaha PH meletakkan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri adalah satu percaturan untuk menumbangk­an Barisan Na- sional (BN).

“Sarawak jauh ketinggala­n dari segi infrastruk­tur berbanding negeri-negeri lain kerana Tun Mahathir (semasa menjadi Perdana Menteri) jarang meninjau keperluan rakyat Sarawak,” tegasnya.

Dennis menambah, BN di bawah pentadbira­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai rekod baik dengan Sarawak.

Bahkan, Najib telah melawat Sarawak lebih daripada 50 kali dan setiap lawatannya membawa perkhabara­n baik untuk Sarawak.

“Saya tidak melihat pengaruh Tun Mahathir kuat di Sarawak kerana jasanya kepada Sarawak tidak besar berbanding Najib yang komited memajukan Sarawak,” jelasnya.

Dennis berkata, Najib juga telah melawat Baram sebanyak empat kali serta telah mengumumka­n pelbagai projek dan bantuan untuk rakyat.

“Najib baharu 10 tahun menjadi Perdana Menteri telah membawa banyak kemajuan kepada Sarawak,” tegasnya.

Dennis berkata, Sarawak akan kekal menjadi kubu kuat BN dan menyumbang kepada kemenangan besar bagi membentuk kerajaan selepas PRU14 nanti. SRI AMAN: Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis mahu ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) bersatu bagi memastikan parti itu kukuh bersama Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, kekuatan parti komponen BN tertua di Sarawak itu bergantung kepada kerjasama erat semua peringkat ahli.

“Saya amat berterima kasih kepada semua ahli SUPP di seluruh Sarawak kerana masih setia bersama SUPP sehingga ke hari ini,” ujarnya pada Mesyuarat Ahli Jawatankua­sa Parti SUPP Cawangan Engkilili di sini semalam.

Beliau berharap ahli SUPP Engkilili akan memberi sokongan padu kepada pemimpin parti.

“Saya berharap ahli Jawatankua­sa Induk baharu yang dilantik bekerjasam­a demi kekuatan parti dan memberi khidmat kepada masyarakat berbilang kaum,” katanya.

Beliau juga optimis setiap ahli mempunyai sikap proaktif tanpa mementingk­an diri sendiri.

Harden turut menyampaik­an geran kerajaan daripada Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Rumah Samai, Semueh, Batu 4 berjumlah RM6,000, manakala JKKK Rumah Cerang, Lipat Skrang menerima RM9,000.

 ??  ?? GUNA SEBAIKNYA: Harden (empat kanan) menyampaik­an geran kerajaan kepada Tuai Rumah Samai (lima kiri) sambil diperhatik­an yang lain.
GUNA SEBAIKNYA: Harden (empat kanan) menyampaik­an geran kerajaan kepada Tuai Rumah Samai (lima kiri) sambil diperhatik­an yang lain.
 ??  ?? DENNIS
DENNIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia