Utusan Borneo (Sarawak)

PH Sarawak sokong Tun Mahathir sebagai PM jika bentuk kerajaan

-

KUCHING: Pakatan Harapan (PH) Sarawak menyokong penuh pencalonan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri jika PH membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pada sidang media bersama di Ibu Pejabat DAP di sini semalam, Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen berkata tiada individu selain Tun Mahathir yang mampu menjatuhka­n UMNO.

Malah, menurut Chong yang juga Pengerusi DAP Sarawak, Tun Mahathir dihormati dan diyakini oleh Melayu luar bandar yang menjadi kekuran- gan dalam kalangan pemimpin PH lain.

“PH bukan sahaja yang pertama melakar sejarah mengumumka­n calon Perdana Menteri sebelum pilihan raya, tetapi kami juga yang pertama mencapai persetujua­n ke atas peruntukan kerusi sebelum pembubaran Parlimen dan hari penamaan.

“Dengan pengumuman ini, pertarunga­n bagi PRU14 telah bersedia antara pasukan Tun M dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pasukan Najib dan Hadi Awang, “katanya.

Mengulas mengenai Tun Mahathir yang disifatkan sebagai pemimpin ‘ kitar semula,’ Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian berkata ia bukan satu masalah kepada negara.

Tun Mahathir, menurut Baru, adalah seorang pemimpin berkaliber dengan visi yang jelas.

Lebih penting katanya, bekas Perdana Menteri keempat itu mampu menembusi undi rakyat terutama di Semenanjun­g Malaysia.

“Ini bukan soal pemimpin kitar semula, tetapi perancanga­n jelas PH untuk menerajui negara jika membentuk kerajaan selepas PRU14 nanti,” kata Baru yang turut hadir pada sidang media tersebut.

Sementara itu, Chong berkata Anwar bakal keluar penjara pada Jun 2018 dan PH mempunyai perancanga­n untuk menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri kelapan menggantik­an Tun Mahathir selepas tamat tempoh dua tahun beliau sebagai Perdana Menteri ketujuh.

Dari segi agihan kerusi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan bertanding di 52 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertanding di 51 kerusi manakala DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) masing-masing bertanding di 35 kerusi dan 27 kerusi.

 ??  ?? BERSEDIA: PH Sarawak dipengerus­ikan Chong (dua kanan) pada sidang media bersama di Ibu Pejabat DAP di Kuching semalam. Turut hadir Baru (tengah) dan pemimpin PH Sarawak yang lain.
BERSEDIA: PH Sarawak dipengerus­ikan Chong (dua kanan) pada sidang media bersama di Ibu Pejabat DAP di Kuching semalam. Turut hadir Baru (tengah) dan pemimpin PH Sarawak yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia