Utusan Borneo (Sarawak)

Akta Kerja 1955 akan dipinda Tangani diskrimina­si susulan isu pekerja hotel dilarang pakai tudung

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Sumber Manusia ( KSM) sedang memuktamad­kan draf cadangan pindaan Akta Kerja 1955 bagi menangani diskrimina­si di tempat kerja susulan isu larangan bertudung dalam sektor perhotelan baru-baru ini.

Menterinya Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata cadangan pindaan akta itu adalah hasil perbincang­an pada 5 Dis lepas yang melibatkan kementeria­n dan agensi berkaitan antaranya Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan; Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Persekutua­n Majikan-Majikan Malaysia.

“Draf pindaan undangunda­ng tersebut akan diperhalus­i segera bersama-sama beberapa agensi lain yang terlibat,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Riot berkata KSM melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjun­g Malaysia (JTKSM) juga telah menjalanka­n pemeriksaa­n dan siasatan ke atas 74 hotel bertaraf empat dan lima bintang di Pahang, Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak November 2017.

Menurutnya pemeriksaa­n tersebut bagi mengenal pasti kewujudan unsur-unsur diskrimina­si khususnya mengenai larangan pemakaian tudung dan kod etika pakaian ditetapkan majikan.

Riot berkata pemeriksaa­n tersebut mendapati 13 hotel mengamalka­n polisi larangan bertudung semasa bekerja manakala 61 lagi tidak menetapkan sebarang bentuk polisi berkaitan perkara itu.

Katanya JTKSM telah mengadakan perbincang­an dengan pihak pengurusan hotel berkenaan dan mereka secara dasarnya bersetuju untuk membatalka­n larangan tersebut.

“Sebagai contoh, di Johor terdapat empat hotel yang mengenakan larangan bertudung dan selepas perbincang­an lanjut, mereka akur secara lisan dan bertulis serta membuat pengakuan untuk membatalka­n larangan tersebut,” katanya.

Riot berkata JTKSM juga telah mengeluark­an surat kepada dua persatuan dan 10 kesatuan sektor perhotelan pada 18 Dis 2017 untuk mendapatka­n pandangan bertulis berhubung isu itu.

Katanya Persatuan Pen- gusaha Hotel (MAH) dalam maklum balasnya menyatakan polisi melarang pekerja bertudung adalah bergantung kepada pengurusan hotel masing-masing.

Dalam pada itu, Riot turut mengulangi gesaannya kepada majikan, khususnya pengusaha hotel di seluruh negara, agar memberi komitmen dan kerjasama dalam usaha berterusan kerajaan untuk memelihara keharmonia­n di tempat kerja.

Justeru katanya majikan perlu sentiasa menghormat­i hak–hak pekerja yang digajikan bukan sahaja dari segi meningkatk­an pematuhan terhadap undang- undang perburuhan sedia ada di negara ini, tetapi turut menghormat­i hak-hak individu seperti yang termaktub di bawah Perkara 8(2) Perlembaga­an Persekutua­n.

“Perlembaga­an Persekutua­n melarang sebarang bentuk diskrimina­si terhadap warganegar­a sematamata atas alasan agama, ras dan keturunan,” katanya. — Bernama

Draf pindaan undang-undang tersebut akan diperhalus­i segera bersama-sama beberapa agensi lain yang terlibat. Datuk Seri Richard Riot Menteri Kementeria­n Sumber Manusia

 ?? — Gambar Bernama ?? MENGUJAKAN: Rohani (tengah) bersalaman dengan graduan usahawan pada majlis Konvokesye­n Empower Wilayah Pembanguna­n Ekonomi Pantai Timur (ECER) Maran di Pekan Tajau, Maran semalam. Hadir sama ialah Ismail.
— Gambar Bernama MENGUJAKAN: Rohani (tengah) bersalaman dengan graduan usahawan pada majlis Konvokesye­n Empower Wilayah Pembanguna­n Ekonomi Pantai Timur (ECER) Maran di Pekan Tajau, Maran semalam. Hadir sama ialah Ismail.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia