Utusan Borneo (Sarawak)

Hanya 736 taska rumah berdaftar dengan JKM

-

MARAN: Masih ramai individu yang menjalanka­n perkhidmat­an menjaga kanak- kanak di rumah di negara ini dikesan gagal mendaftark­an perkhidmat­an mereka sebagai taman asuhan kanak-kanak (taska) kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata setakat ini, hanya 736 taska rumah termasuk 52 di Pahang yang berdaftar dengan JKM, sedangkan jumlah itu dipercayai jauh lebih tinggi.

“Mereka yang menjalanka­n perkhidmat­anmenjagak­anakkanak termasuk kurang daripada 10 orang sepatutnya wajib mendaftar dan mereka yang gagal melakukann­ya boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Taska 1984 ( Akta 308) iaitu didenda sebanyak RM10,000 atau penjara dua tahun atau keduaduany­a.

“JKM sendiri pernah menjalanka­n program pemutihan pada 2014 dan ia berterusan, namun bilanganny­a (tidak berdaftar) semakin bertam- bah sedangkan banyak insentif yang mereka peroleh jika tampil berbuat demikian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas kejadian seorang bayi berusia 13 bulan yang meninggal dunia semasa berada di bawah jagaan pengasuhny­a baru- baru ini, selepas menghadiri Majlis Konvokesye­n Program Empower ECER Maran di sini semalam.

Rabu lepas, bayi berkenaan, Ahnaf Hanafi Mohd Haniff meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam buaian di rumah pengasuhny­a di Indera Mahkota 15, Kuantan sebelum disahkan meninggal dunia kirakira jam 2.30 petang.

Ahnaf Hanafi dihantar ibu bapanya, Rushidah Abdullah, 30, dan Mohd Haniff Selaman @ Sulaiman, 28, ke rumah pengasuh pada jam 8.10 pagi sebelum pengasuh dikenali sebagai Alya menghubung­i mereka jam 2.30 petang memberitah­u bayi itu berada di klinik kesihatan serta tidak sedarkan diri.

Siasatan JKM mendapati pengasuh berkenaan tidak berdaftar dengan JKM seperti diwajibkan dan dia menjaga empat kanak-kanak termasuk Ahnaf Hanafi.

Mengulas lanjut tentang perkara itu, Rohani berkata pemilik taska rumah yang berdaftar dengan JKM akan diberikan pendedahan tentang Prosedur Operasi Standard (SOP) taska yang akan melindungi mereka daripada sebarang kejadian tidak diingini selain diberikan kursus tentang cara jagaan sebenar.

“Kalau mengikut SOP, pengasuh berhak untuk menolak menjaga bayi atau kanak-kanak yang dihantar oleh ibu bapa jika kurang sihat dan ini akan melindungi mereka (pengasuh) daripada masalah yang tidak dijangka,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap lebih ramai pengusaha taska rumah akan berbuat demikian dalam masa terdekat selain menyeru ibu bapa supaya memeriksa terlebih dahulu dengan JKM sebelum menghantar anak mereka untuk dijaga di mana-mana taska rumah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia