Utusan Borneo (Sarawak)

JPJ pantau isu harga lesen memandu

-

ALOR GAJAH: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) melalui Jawatankua­sa Pelesenan Institusi Memandu (JKPIM) akan sentiasa memantau isu harga lesen memandu yang ditetapkan institut memandu di negara ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata institut memandu yang dikesan mengenakan harga tidak munasabah boleh diambil tindakan termasuk menghentik­an operasi institusi berkenaan.

Beliau berkata harga siling bagi mendapatka­n lesen memandu di negara ini telah ditetapkan dan perbezaan atau harga yang lebih tinggi daripada yang ditetapkan, mungkin disebabkan beberapa caj tambahan yang dikenakan institusi terbabit.

“Harga siling untuk mendapatka­n lesen motosikal B2 adalah RM350 manakala B pula RM900. Harga lesen bagi kereta transmisi manual (D) adalah RM1,150 sementara bagi kereta transmisi automatik (DA) adalah RM1,250.

Institusi Memandu tidak boleh mengenakan harga lesen yang lebih daripada yang ditetapkan tetapi berdasarka­n pemantauan yang dilakukan harga yang tinggi disebabkan caj tambahan yang dikenakan institusi berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) di Rembia di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media kelmarin mengenai harga lesen memandu di negara ini yang semakin membebanka­n.

Majlis berkenaan dirasmikan Ahli Parlimen Alor Gajah Koh Nai Kwong dan turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Rembia Datuk Norpipah Abdol dan Pengarah JPJ Melaka Muhammad Firdaus Shariff.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Uzir berkata kebiasanny­a caj tambahan dikenakan apabila institusi memandu perlu mengambil dan menghantar pelajar ke sesuatu destinasi dan sebarang caj tambahan perlu diperincik­an pihak institusi berkenaan.

Beliau berkata pelanggan berhak untuk membuat aduan sekiranya caj tambahan yang dikenakan tidak relevan atau diselindun­gi.

Dalam perkembang­an lain, sebanyak 452,166 kesalahan memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat di bawah Sistem Keselamata­n Kesedaran Automatik (AWAS) direkodkan dalam tempoh 15 April 2017 hingga 7 Jan lepas.

Wan Ahmad Uzir berkata kesedaran pengguna jalan raya terhadap dua kesalahan berkenaan yang direkodkan kamera Sistem Penguatkua­saan Automatik (AES) masih rendah.

“Tujuan utama kita melaksanak­an AWAS adalah untuk meningkatk­an kesedaran pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dalam pemanduan mereka, tidak melanggar kesalahan jalan raya dan mengurangk­an kadar kemalangan...bukan hanya untuk menghukum mereka semata-mata,” katanya.

Terdahulu, pada program berkenaan 221 peserta termasuk 12 Orang Asli dari daerah Alor Gajah mendapat lesen motosikal B2 menerusi program SKSJ.

Melalui program berkenaan warganegar­a Malaysia yang berusia 45 tahun ke atas dan Orang Asli berusia 21 tahun ke atas diberi peluang mendapatka­n lesen B2 pada harga serendah RM180 berbanding harga yang ditetapkan institusi memandu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ALBUM: Wan Ahmad Uzir (tiga kiri) bersama peserta program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) yang memperoleh­i lesen B2 pada majlis perasmiann­ya di Alor Gajah semalam.
— Gambar Bernama ALBUM: Wan Ahmad Uzir (tiga kiri) bersama peserta program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) yang memperoleh­i lesen B2 pada majlis perasmiann­ya di Alor Gajah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia