Utusan Borneo (Sarawak)

Logo Tahun Memperkasa Wanita dilancar Rabu ini

-

MARAN: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan memperkena­lkan logo Tahun Memperkasa Wanita (TMW) 2018 bagi tujuan penyeragam­an dalam mempromosi­kan aktiviti pembanguna­n wanita yang dijalankan oleh semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO).

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Abdul Karim berkata penggunaan logo itu yang dijadual dilancarka­n Rabu ini bersama-sama portal TMW 2018, akan diperluas ke setiap negeri menerusi program keusahawan­an seperti Empower yang dijalankan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

“Sementara itu, portal TMW 2018 pula akan mengandung­i pelbagai maklumat dan aktiviti berkaitan pembanguna­n wanita sekali gus boleh menjadi rujukan kepada pelbagai organisasi, NGO mengenai pencapaian wanita rakyat Malaysia termasuk yang berada di luar negara,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Konvokesye­n dan Juara Empower ECER Maran, dekat sini, semalam.

Pada majlis itu, seramai 400 peserta Latihan Kemahiran dan Keusahawan­an dan 15 peserta Latihan Akademik menerima sijil masing-masing.

Sementara itu, Rohani berkata kementeria­nnya juga menyasarka­n 59 peratus penyertaan wanita dalam pasaran pekerjaan pada 2020 seperti ditetapkan dalam Rancangan Malaysia ke-11.

“Setakat ini penyertaaa­n wanita dalam pasaran pekerjaan hanya 56 peratus dan kita yakin dapat mencapai sasaran 59 peratus berkenaan menerusi kerjasama pelbagai pihak seperti ECERDC kerana lebih 90 peratus daripada peserta Empower ECER adalah wanita walaupun ia terbuka kepada semua termasuk lelaki,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia