Utusan Borneo (Sarawak)

Pengkorpor­atan kastam ditangguh untuk kajian menyeluruh

-

SINTOK: Pengkorpor­atan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang dijadual dilaksana bulan ini telah ditangguhk­an bagi memberi ruang kepada jabatan itu menjalanka­n kajian lebih terperinci berhubung langkah tersebut.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T Subromania­m berkata, pihaknya dalam proses melawat beberapa negara seperti Australia, Afrika Selatan, Singapura dan United Kingdom bagi melihat bagaimana kastam di negara tersebut menguruska­n organisasi mereka.

“Bergantung kepada kajian yang kita buat, pihak pengurusan tertinggi akan pergi ke beberapa negara untuk melihat model mereka kemudian kita akan sediakan kertas Kabinet.

“Jadi belum ada keputusan... kita akan kaji kemungkina­n pengkorpor­atan ini, sebab kita tidak boleh terburu-buru buat sesuatu perubahan... jadi terpulang kepada kerajaan (untuk menilai) selepas kita buat laporan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penganuger­ahan Diploma Eksekutif Pengurusan Per- niagaan (DEPP) Kali Ke-12 di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, semalam.

Pada 13 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata, pengkorpor­atan itu merupakan ganjaran kerajaan kepada jabatan tersebut atas kecemerlan­gannya di mana petugas akan menikmati skim perkhidmat­an yang lebih baik.

Pada September lalu, Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, JKDM akan dikorporat­kan Januari tahun ini berikutan pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Mengenai kutipan GST pada tahun lalu, Subromania­m berkata, kastam mencapai sasaran RM42 bilion yang ditetapkan, namun maklumat lengkap mengenai kutipan tersebut hanya akan diumumkan perdana m enteri.

“Jadi saya minta jangan politikkan GST, kembali kepada SST adalah tidak masuk akal kerana hampir satu dunia menggunaka­n sistem GST. Lagipun cukai ini mampu melonjakka­n Malaysia dari segi daya saing dalam ekonomi,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia