Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 2,000 pelajar luar bandar nikmati elektrik 24 jam bermula tahun akademik 2018

-

K U C H I N G : T a h u n akademik 2018 bermula lebih ceria untuk lebih 2,000 pelajar di 13 sekolah menengah dan sekolah rendah yang disambungk­an ke grid tenaga di bawah inisiatif Pembekalan Elektrik Sekolah Luar Bandar.

Lapan daripada sekolah tersebut turut menyediaka­n kemudahan asrama.

Sekolah- sekolah yang mendapat manfaat daripada fasa satu inisiatif ini ialah Sekolah Kebangsaan ( SK) Salak di Kuching, 10 sekolah di Kanowit iaitu SK Sungai Tuah, SK Nanga Jih, SK Nanga Dap, SK Ulu Bawan, SK Ng Balingiau, SK Nanga Tada, SK Nanga Pedai, SJK (C) Shing Kok, SJK (C) Nam Hua dan SMK Nanga Dap, manakala SK Metalun di Skim Penempatan Semula Murum di Daerah Belaga dan SMK Tinjar, Baram.

Dengan mendapat akses kepada bekalan elektrik 24 jam yang selamat dan boleh dipercayai, sekolah-sekolah mulai membeli peralatan elektrik lain untuk mewujudkan persekitar­an pembelajar­an dan kerja yang lebih kondusif untuk pelajar dan kakitangan, berbanding penggunaan penjana diesel sebelum ini.

“Kanak-kanak yang bersekolah di kawasan luar bandar harus mempunyai akses elektrik 24 jam yang sama seperti rakan-rakan mereka di bandar.

“Inisiatif Pembekalan Sekolah Luar Bandar bertujuan memperluas­kan grid atau menyediaka­n sistem solar yang boleh diperbahar­ui kepada 369 sekolah luar bandar dalam pelbagai peringkat di bawah perkongsia­n dengan Kementeria­n Pendidikan Malaysia, Kementeria­n Utiliti Sarawak, Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Kerja Raya Sarawak dan Sarawak Energy.

“RM9 juta yang telah dilaburkan di bawah fasa pertama merupakan pelaburan positif dan sangat berfaedah dalam prospek masa depan anak- anak sekolah di luar bandar ini.

“Fasa seterusnya selepas ini akan meliputi sekolah-sekolah lain yang masih bergantung kepada penjanaan diesel yang bising dan mahal,” kata Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Sementara itu, Sarawak Energy Berhad (SEB) dalam kenyataann­ya kelmarin ber- kata, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a Sharbini Suhaili yakin SEB akan terus bekerjasam­a dengan kerajaan untuk menyediaka­n akses elektrik yang lebih baik kepada semua sekolah luar bandar di Sarawak.

“Melalui inisiatif ini, kami menyasar untuk mewujudkan persekitar­an pembelajar­an yang kondusif bagi memantapka­n prospek masa depan pelajar di luar bandar,” kata Sharbini.

Selain menerangi sekolahsek­olah luar bandar, SEB juga bekerjasam­a dengan Kementeria­n Kesihatan un- tuk memantapka­n 60 klinik kesihatan luar bandar secara berperingk­at.

“Inisiatif-inisiatif ini adalah usaha yang akan dijalankan secara berterusan untuk memberi keselesaan kepada isi rumah domestik luar bandar dan mendorong Sarawak ke arah mencapai elektrifik­asi penuh menjelang 2025,” katanya.

Elektrifik­asi luar bandar di Malaysia bermula pada 2009 apabila ia menjadi agenda dalam Bidang Keberhasil­an Utama Negara (NKRA) oleh kerajaan persekutua­n.

 ??  ?? KONDUSIF: Keadaan bilik guru sekolah luar bandar yang kini mempunyai bekalan elektrik 24 jam.
KONDUSIF: Keadaan bilik guru sekolah luar bandar yang kini mempunyai bekalan elektrik 24 jam.
 ??  ?? RAMPAS: Kayu yang dirampas di Sungai Kijang, Ulu Mador, Bintangor.
RAMPAS: Kayu yang dirampas di Sungai Kijang, Ulu Mador, Bintangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia