Utusan Borneo (Sarawak)

TEEAM tekankan pemasangan RCCB di kediaman, elak terkena kejutan elektrik

-

SIBU: Persatuan Elektrik dan Elektronik Malaysia (TEEAM) amat menekankan penggunaan serta pemasangan pemutus litar elektrik ( Residual Current Circuit Breaker/ RCCB) di kediaman bagi mengelak terkena kejutan elektrik.

Presiden TEEAM Ir Yong Ah Huat berkata, keselamata­n ketika menggunaka­n alat elektrik kini menjadi keutamaan semua pihak berikutan banyak kes terkena kejutan elektrik berlaku.

“Atas kesedaran itu, TEEAM telah melancarka­n kempen kesedaraan di seluruh negara mengenai RCCB, terutama mendidik orang ramai untuk membuat pemeriksaa­n sendiri RCCB dari semasa ke semasa bagi memastikan ia berfungsi dengan baik,” ujarnya

Menurut Yong, RCCB mampu mengesan kebocoran arus elektrik, sekali gus mencegah kemalangan akibat elektrik daripada berlaku.

“Kita berharap Persatuan Elektrik Sarawak dan Sabah ( EASS) juga boleh menjalanka­n kempen yang sama di Sarawak,” jelasnya ketika berucap pada Majlis Ulang Tahun Ke-39 dan Sambutan Tahun Baharu Cina 2018 EASS di sebuah hotel di sini, malam kelmarin.

Majlis dirasmikan oleh Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n merangkap Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong merangkap Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS) Datuk Tiong Thai King.

Hadir sama Pemangku Pengarah Sarawak Electricit­y Supply Chang Seng Yu, Pengerusi EASS Hii Hua Chuon serta pengeru- si pengelola majlis Tiong Chiong Kiing.

Pada majlis sama, seramai 30 pelatih EASS yang mengikuti kursus elektrik menerima Sijil Kemahiran Vokasional Tahap 2. Kursus ini dianjurkan oleh EASS dengan kerjasama Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS).

Dalam pada itu ujar Yong, TEEAM menekankan hubungan baik dan kukuh dengan semua persatuan elektrik negeri bagi menguatkan suara persatuan, sekali gus memastikan perkembang­an serta pembanguna­n yang sihat dalam industri elektrik dan elektronik.

“Kita berharap EASS akan terus memberikan kerjasama dan berkongsi pandangan serta cadangan untuk membantu membangunk­an lagi industri ini,” katanya sambil menambah EASS adalah ahli yang aktif dalam TEEAM.

Yong juga menjemput EASS untuk menghadiri sambutan ulang tahun ke-68 TEEAM di Kuala Lumpur pada 29 September ini.

 ??  ?? SELAMAT ULANG TAHUN: Wong (hadapan empat kiri) bersama Yong (tiga kiri) dan Chiong Kiing (lima kiri) memotong kek sambil diperhatik­an Tiong (dua kiri) serta yang lain.
SELAMAT ULANG TAHUN: Wong (hadapan empat kiri) bersama Yong (tiga kiri) dan Chiong Kiing (lima kiri) memotong kek sambil diperhatik­an Tiong (dua kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia