Utusan Borneo (Sarawak)

Windstar Star Legend kapal persiaran pertama berlabuh di Kuching tahun ini

-

KUCHING: Kapal Windstar Star Legend berlabuh di Pelabuhan Sim Kheng Hong di sini pada 8 Januari lepas sekitar jam 8.45 pagi menjadikan­nya kapal persiaran pertama yang berlabuh di Kuching tahun ini.

Kapal tersebut yang membawa seramai 194 penumpang, kebanyakan­nya dari Eropah dan Amerika Syarikat, disambut dengan kalungan rantai manik sebelum bertolak ke Taman Negara Bako, Kampung Budaya Sarawak dan lawatan ke sekitar bandar raya ini.

Ia merupakan pelayaran pertama Windstar Cruises dan pertama daripada sem- bilan kapal persiaran yang dijangka berlabuh di beberapa pelabuhan Sarawak.

Kuching dijangka menerima tiga lagi kapal tahun ini berbanding enam kapal persiaran tahun lepas.

Seramai 1,964 penumpang tiba di Sarawak pada tahun lepas dengan Silver Shadow, Insignia, L’Austral, Silver Sea dan Silver Shadow berlabuh dua kali di Bintulu.

Pada 2016, sembilan kapal yang membawa 3,782 penumpang dengan Nautica, Astor, Hamburg, Silver Shadow, Seven Seas Voyager, Seabourn Sojourn dan Insignia berlabuh di Kuching, manakala Silver Shadow berlabuh dua kali di Bintulu.

Sepuluh kapal membawa 3,646 penumpang tiba pada 2015 dengan Seabourne berlabuh di Kuching sekali, Insignia dua kali dan Nat Geo Orion tiga kali di Kuching, manakala Silver Wind, Statendam, Silver Shadow dan Europa 2 berlabuh di Bintulu.

“Peningkata­n kedatangan kapal persiaran ke Sarawak amat menggalakk­an dan penumpangn­ya merupakan salah satu penyumbang kepada ekonomi Sarawak,” kata Pengarah Acara dan Hubungan Korporat, Angelina Bateman.

 ??  ?? SELAMAT DATANG: Para penumpang disambut dengan kalungan rantai manik tradisiona­l oleh rombongan berpakaian kebudayaan tempatan di Kuching.
SELAMAT DATANG: Para penumpang disambut dengan kalungan rantai manik tradisiona­l oleh rombongan berpakaian kebudayaan tempatan di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia