Utusan Borneo (Sarawak)

Peralatan, kemudahan lengkap penting untuk kelancaran tugas agensi pelaksana

-

BETONG: Kelengkapa­n peralatan dan kemudahan infrastruk­tur yang diperlukan dalam urusan pentadbira­n pejabat selain kerjasama anggota amat dituntut dalam menjadikan sesebuah agensi disegani dan dihargai masyarakat.

Pegawai Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong PBK1 Henry Jugah berkata kelebihan itulah yang dituntut oleh agensi pelaksana dalam memberi perkhidmat­an kepada masyarakat yang memerlukan sokongan padu dan perhatian pihak atasan.

Justeru, beliau menyeru pihak atasan agar melihat keperluan BBP Betong dari segi keperluan pejabat dan operasi untuk memastikan anggotanya dapat melaksanak­an tugas dengan lancar.

“Saya berharap apabila PPgB James Whelan sudah menyandang tugas di Pejabat Ketua Zon 3 Sri Aman, beliau akan membantu dan melihat keperluan balai kami di sini.

“Ini termasuk kelengkapa­n pejabat dan kemudahan operasi ketika bertugas,” katanya ketika berucap pada majlis santai barbeku sempena perpisahan Ketua Balai BBP Betong yang berlangsun­g di pekarangan kuarters BBP Betong di sini, malam kelmarin.

Henry berkata, BBP Betong akan merasai kehilangan seorang ketua yang dedikasi dan sentiasa memberi peluang kepada anggotanya untuk memajukan diri.

“Saya begitu terharu atas perpindaha­n Tuan James yang akan berpindah tugas ke Pejabat Ketua Zon 3 Sri Aman. “Meskipun ada pengganti, sumbangan besar Tuan James selama ini amat bermakna bagi anggota di bawah seliaan beliau,” ujarnya.

Henry yang juga Pengerusi Serakup Dayak Bomba Betong (SSDB) memberitah­u pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh kelab mereka meskipun baharu sahaja ditubuhkan.

“SDBB baharu setahun jagung tetapi banyak aktiviti telah dijalankan dan setiap perancanga­nnya membuahkan hasil,” jelasnya.

Beliau berkata, kelab turut memberi bantuan kepada keluarga ahli yang ditimpa musibah termasuk anggota keluarga mereka yang dimasukkan ke hospital dan kematian.

Seramai 50 ahli keluarga SSDB memeriahka­n majlis tersebut yang turut dihadiri bekas Ketua Balai BBP Betong PPgB James Whelan Ngang, Pegawai Khas DUN N.36 Layar Horace Entoi, PBK II Mohd Fhazil dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri serta pegawai dan anggota BBP Betong.

 ??  ?? JASAMU DIKENANG: Henry (kiri ) menyampaik­an cenderamat­a kepada James pada majlis tersebut.
JASAMU DIKENANG: Henry (kiri ) menyampaik­an cenderamat­a kepada James pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia