Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 100 penari bakal sertai Miri AfroLatin Fiesta 2-4 Mac

Lee sambut baik acara antarabang­sa tarik pelancong ke Miri

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Lebih 100 penari dari 17 negara dijangka menyertai Miri AfroLatin Fiesta 2018 (MALF2018) dari 2 hingga 4 Mac di Meritz Hotel di sini.

Acara yang memasuki siri kedua itu dianjurkan La Danza Fitness & Dance Studio Miri dan disokong Majlis Bandaraya Miri ( MBM), Lembaga Pelanconga­n Sarawak ( STB), Sarawak Convention Bureau (SCB) dan Meritz Hotel.

Pemilik Studio La Danza Fitness & Dance Studio Dr Safrina Othman berkata lebih ramai peserta dijangka mengambil bahagian memandangk­an ia penganjura­n kedua diadakan di sini.

“Kita berharap lebih ramai peserta khususnya dari Miri mengambil peluang mempelajar­i tarian kerana mereka datang ke sini mengadakan bengkel,” katanya semasa mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin di sini semalam.

Safrina menambah, MALF 2018 turut menampilka­n beberapa artis tarian antarabang­sa antaranya Jorjet dari Amerika Syarikat untuk tarian bachata dan salsa, Sara Lopez dari Sepanyol, Kristofer Mencak dari Sweden untuk kizomba, El Cruz

Kita berharap lebih ramai peserta khususnya dari Miri mengambil peluang mempelajar­i tarian kerana mereka datang ke sini mengadakan bengkel. Dr Safrina Othman Pemilik Studio La Danza Fitness & Dance Studio

dan Nadege dari Luxembourg, Dewa dan Gung Is dari Indonesia serta Mutati (Kenya/Australia).

Turut mengadakan persembaha­n semula ialah Azlan & Mabel dan DJ Selva dari Ma- laysia, Gupson dari Kanada, Ana Palma dari Filipina, Theo dari Norway dan Paris dari Australia.

Selain festival turut diadakan bengkel salsa, kizomba, urban kiz, bachata dan pach- anga.

Sementara itu, Lee mengalu-alukan penganjura­n acara antarabang­sa seumpama itu bagi menarik lebih ramai pelancong ke Miri.

“Kerajaan menyambut baik terutama aktiviti bertaraf antarabang­sa yang dapat membantu mempromosi­kan Miri ke persada antarabang­sa,” katanya.

Keterangan lanjut mengenai MALF boleh didapati di laman Facebook Miri Afrolatin Fiesta 2018 atau https://www.malf2018.com.

 ??  ?? SERTAI KAMI: Safrina menyampaik­an poster penganjura­n Miri AfroLatin Fiesta 2018 pada 2 hingga 4 Mac di Miri kepada Lee semalam.
SERTAI KAMI: Safrina menyampaik­an poster penganjura­n Miri AfroLatin Fiesta 2018 pada 2 hingga 4 Mac di Miri kepada Lee semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia