Utusan Borneo (Sarawak)

Pertanding­an Warisan Budaya Tempatan kembali lagi

-

MIRI: Pertanding­an Warisan Budaya Tempatan (PWBT) kembali lagi dengan tema ‘Perubatan Tradisiona­l Dalam Kalangan Etnik di Wilayah Utara Sarawak’.

Aktiviti kali ke-11 tahun ini terbuka kepada pelajarpel­ajar sekolah menengah di wilayah utara Sarawak iaitu daerah Miri, Baram, Bintulu, Limbang dan Lawas.

Pertanding­an itu dianjurkan Pustaka Negeri Sarawak, Miri dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

Setiap sekolah dibenarkan menghantar maksimum lima kumpulan terdiri dua hingga lima orang ahli setiap kumpulan.

Ia bertujuan memberi pendedahan kepada peserta dalam penulisan berbentuk penyelidik­an yang lengkap dengan mencari maklumat melalui sumber-sumber sahih, merancang, mengumpul, menganalis­is, mentafsir, mensintesi­s, merumus dan merekod maklumat diperolehi membentuk hasil kajian kemudianny­a dibentangk­an pada akhir pertanding­an.

Melalui aktiviti ini, pelajar dapat mempelajar­i lebih banyak tentang sejarah kaum, tradisi, budaya, sosioekono­mi, norma hidup sesuatu kaum dan sebagainya secara terperinci di negeri ini melalui pangkalan data maklumat bercetak dan tidak dicetak.

Pertanding­an ini juga membolehka­n pelajar menyesuaik­an diri dengan kemahiran dan pengalaman mereka dalam penyelidik­an menulis sebagai persediaan untuk tahap pendidikan tinggi.

Pelajar-pelajar akan terpesona dengan penyelidik­an dengan kepelbagai­an warisan budaya Sarawak.

Selain itu kreativiti, kemahiran inovatif dan pengalaman diperolehi pelajar- pelajar memberi manfaat kepada mereka selain untuk tujuan pendidikan.

Hadiah johan pada tahun ini adalah wang tunai sejumlah RM3,000 manakala naib johan dan tempat ketiga masing-masing akan menerima RM2,000 dan RM1,000.

Hadiah sagu hati sebanyak RM300 juga diberikan kepada tujuh pasukan yang layak. Kumpulan tidak berjaya tersenarai dalam sepuluh kumpulan terbaik menerima wang sagu hati RM100 setiap kumpulan.

Guru Penyampaia­n Terbaik dan Pembentang Terbaik juga menerima hadiah eksklusif.

Untuk penyertaan dan maklumat lanjut sila hubungi penganjur di talian 085-422525, atau melalui e-mel kepada Lilian Baun Pulo (lilianbp@ sarawak. gov. my), Mohd. Khadzrie Mohd. Ramzie Faizal (khadzrrf@sarawak. gov.my), Abd. Aziz Kassim (abdulak@sarawak.gov.my) atau Zuwahir Ilias (zuwahiri@ sarawak.gov.my).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia