Utusan Borneo (Sarawak)

Pelbagai pertanding­an sempena Karnival Usahawan

-

BINTULU: P e l b a g a i pertanding­an bakal diadakan sempena Karnival Usahawan 2019 dari 26 Januari hingga 14 Februari ini di Commerce Square Mall, Parkcity Commerce di sini.

Acara diadakan ialah pertanding­an tanglung kreatif, gendang Melayu, orkestra simfoni, kursus dan bengkel orang awam, kursus peserta qipao, poco- poco kreatif, mekap artis kreatif bertemakan floral, pertanding­an Qipao Dunia 2018 Borneo Section dan pertanding­an air tuak kreatif bertemakan buah-buahan.

Larian Tahun Baharu Cina, derma darah, penyampaia­n derma mesin pemprosesa­n darah iaitu Apheresis Platelet Mechines ( ALP) berharga RM275,000 kepada Hospital Bintulu, memasak bertemakan masakan rimba, sukaneka, mewarna, zumba kids dan nyanyian turut diadakan.

Pertanding­an Qipao Dunia 2018 berlangsun­g jam 10 pagi di pusat beli-belah itu menawarkan hadiah wang tunai RM2,000 serta hadiah iringan bernilai RM6,000, trofi dan sijil untuk johan.

Naib johan menerima wang tunai RM1,000, hadiah iringan bernilai RM4,000, trofi dan sijil. Manakala ketiga bakal menerima wang tunai RM500, hadiah iringan bernilai RM2,500, trofi dan sijil.

Diikuti tempat keempat hingga ke-10 bakal menerima wang tunai RM250, hadiah iringan bernilai RM750 dan sijil. Pertanding­an lain juga menawarkan pelbagai hadiah menarik.

Karnival anjuran D’Touch Beauty Skills & Academy dengan kerjasama Persatuan QiPao Borneo Section, Commerce Square Mall dan Pejabat Daerah Bintulu itu bagi mengumpul usahawanus­ahawan kecil di sini memudahkan mereka memasarkan produk.

Selain itu memudahkan promosi, memperkena­l produk tempatan, meningkatk­an kerjasama serta kerja amal membantu usahawan tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia