Utusan Borneo (Sarawak)

Projek mesin magnet nyamuk aedes dapat permintaan tinggi

-

SIBU: Lembaga Perkhidmat­an Komuniti Parti Rakyat Bersatu (UPP) Sibu menerima 27 permintaan daripada 23 sekolah dan empat taman komuniti untuk melaksanak­an projek perintis mesin magnet nyamuk bagi memerangi wabak denggi di sini.

Pengerusin­ya Datuk Andrew Wong berkata permintaan itu disebabkan keputusan positif diterima daripada projek perintis dijalankan di enam sekolah di sini.

“Pada masa ini, 23 sekolah dan empat taman komuniti memberi respons kepada kami bahawa mereka mahu melakukan projek perintis mesin magnet nyamuk. Untuk itu, kami meneruskan­nya terlebih dahulu.

“Manakala, selebihnya kami lakukan selepas Tahun Baharu Cina untuk menilai maklum balas mereka. Kami membuat pesanan mesin peranti berteknolo­gi tinggi dari Amerika Syarikat dan mengambil masa dua bulan untuk sampai ke sini.

“Setiap mesin berharga antara RM8,000 dan RM9,000.

Ia mahal kerana untuk kegunaan luar.

Manakala, kegunaan dalam jauh lebih murah,” katanya ketika ditemui di kaunter perkhidmat­an mudah alih Rancangan Sibu 1.0 (RS1) di Kampung Jeriah, di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Pembanguna­n Sosial Komuniti Sibu Lembaga Perkhidmat­an Komuniti UPP, Andrew Ting.

Tambahnya, projek perintis yang dijalankan di enam sekolah terbukti sangat berkesan dalam memerangi wabak denggi.

“Sekolah Kebangsaan (SK) Bawang Assan adalah salah satu daripada enam lokasi projek perintis yang hasilnya positif. Ini bermakna bilangan nyamuk aedes ditangkap adalah kurang daripada satu peratus daripada jumlah keseluruha­n,” ujarnya.

Justeru, Wong berkata, semua mesin yang ditempatka­n di enam sekolah semasa projek perintis diambil kembali semasa cuti sekolah.

“Peranti tidak diletakkan di lokasi secara tetap. Projek dijalankan selama enam bulan, di mana selepas enam bulan, kami memantau kead- aan.

Sekiranya bilangan nyamuk aedes ditangkap masih berada di tahap tertentu, kami masih mengekalka­n mesin di situ.

“Bagaimanap­un, jika bilangan nyamuk aedes lebih rendah daripada 0.5 peratus selama dua bulan berturuttu­rut kami mengeluark­annya dan meletakkan­nya di tempat lain,” jelasnya.

Untuk rekod, sejumlah RM750,000 diperuntuk­kan di bawah RS1 melaksanak­an projek perintis mesin magnet nyamuk di semua sekolah dan taman komuniti untuk memerangi denggi.

Wong berkata, kebanyakan masalah dan aduan rakyat diterima sepanjang kaunter perkhidmat­an mudah alih diadakan berkaitan infrastruk­tur asas seperti jalan dan saliran perparitan.

“Kami menyalurka­n aduan kepada tiga pihak berkuasa yang berkenaan iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) dan talikhidma­t.

“Ada aduan mendapat perhatian dan tindakan. Ada aduan juga masih menunggu tindakan,” katanya.

Kaunter perkhidmat­an mudah alih RS1 akan berada di Pusat Komersial Jalan Belatok hari ini dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Pada 20 Januari, pasukan RS1 membuka kaunter di pusat komersil Kolam Renang Delta di hadapan Cafe Happiness dan lokasi terakhir di Kampung Bahagia Jaya pada 21 Januari.

 ??  ?? KOMITED: Wong (dua kanan, belakang) dan Ting (kanan, belakang) bersama kanak-kanak sambil memegang maskot RS1 di Kampung Jeriah, Sibu semalam.
KOMITED: Wong (dua kanan, belakang) dan Ting (kanan, belakang) bersama kanak-kanak sambil memegang maskot RS1 di Kampung Jeriah, Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia