Utusan Borneo (Sarawak)

2,000 bilik darjah mulakan Pembelajar­an Abad Ke-21 Mac ini

-

“Isu pemerdagan­gan manusia ini satu isu lama dan oleh kerana kes sedemikian dibicaraka­n di mahkamah sivil atau mahkamah pel- pada Mei atau Jun ini dengan lokasi permulaan di Klang, Selangor; Ipoh , Perak; Melaka; Muar, Johor; Kota Kinabalu, Sabah dan Balik Pulau, Pulau Pinang.

Ahmad Zahid berkata usaha kerajaan menubuhkan mahkamah khas tersebut telah berjaya meletakkan nama Malaysia di peringkat antarabang­sa sebagai negara yang memberi perhatian serius terhadap isu pemerdagan­gan manusia.

“Tahap keyakinan ( menerusi penubuhan mahkamah) dapat dipertingk­atkan bukan kerana soal penarafan tetapi soal keprihatin­an terhadap mempercepa­tkan kes pemerdagan­gan manusia yang selama ini banyak tertangguh disebabkan kekurangan hakim,” katanya.

Menjelas lanjut, Ahmad Zahid berkata kerajaan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) antarabang­sa dalam mengendali­kan isu pemerdagan­gan manusia termasuk setiap mangsa yang diselamatk­an diberi perlindung­an.

“Kami bekerjasam­a dengan TENAGANITA iaitu antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan menyediaka­n peruntukan bagi memberi perlindung­an.

“Selain itu, mereka (mangsa) juga harus diberi kebebasan untuk bergerak di negara kita serta diberi peluang memiliki pekerjaan,” kata Ahmad Zahid. — Bernama KUALA NERANG: Sebanyak 2,000 bilik darjah di seluruh negara akan terlibat dalam pengajaran dan pembelajar­an ( PdP) interaktif menerusi kaedah Pembelajar­an Abad Ke-21 (PAK-21) yang akan dilaksanak­an sepenuhnya Mac ini.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ia membabitka­n peruntukan RM190 juta dengan pelaksanaa­n kaedah tersebut meliputi sekolah bandar dan luar bandar di seluruh negara yang mempunyai capaian Internet yang baik.

“Pejabat Pendidikan Neg- eri telah mengenal pasti dan sedang dalam proses untuk memuktamad­kan senarai sekolah yang akan terlibat dengan PAK-21 ini.

Setiap sekolah yang terpilih ini mungkin akan dilengkapk­an antara dua atau tiga kelas yang mempunyai kelengkapa­n PAK-21 agar pelajar dapat didedahkan dengan teknologi,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaik­an baucar bantuan peralatan persekolah­an di Sekolah Menengah Dato Syed Ahmad dekat sini yang terpilih menyertai program kelas PAK-21 bagi negeri Kedah.

PAK-21 ialah suatu transforma­si dalam dunia pendidikan iaitu daripada PdP secara konvension­al kepada PdP yang lebih dinamik dan kreatif yang memerlukan guru menggunaka­n teknologi terkini seiring dengan perubahan pesat dunia digital.

Program perintis PAK-21 melibatkan tiga sekolah iaitu Kolej Tunku Kurshiah, Nilai, Sekolah Dato Abdul Razak, Seremban dan Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia