Utusan Borneo (Sarawak)

‘Drink Spiking’: Tidak perlu kedutaan AS keluarkan nasihat perjalanan

-

JOHOR BAHRU: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed mengkiriti­k tindakan singkat Kedutaan Amerika Syarikat yang mengeluark­an nasihat perjalanan kepada rakyatnya agar tidak mengunjung­i sebuah kelab malam di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau berkata tindakan itu seolah-olah mahu memberikan imej negatif kepada Malaysia selain menggambar­kan kesemua kelab malam di negara ini adalah sama.

“Tidak perlulah keluarkan travel advisory (nasihat perjalanan).

Maklum saja dengan polis, pihak polis boleh mengambil tindakan sekiranya terdapat aduan. Apa-apa maklumat seperti ini adalah negatif kepada imej negara dan sebenarnya boleh mengambark­an semua kelab di KL dan Malaysia mengamalka­n perkara yang sama.

“Bagaimanap­un, saya akan mengarahka­n polis untuk meneliti semula perkara ini dan memulakan penyiasata­n sekiranya terdapat aduan daripada mereka yang menjadi mangsa.

Kadang-kadang mangsa kejadian tidak membuat laporan tetapi menyatakan­nya dalam sosial media dan sebagainya.

“Mungkin ini antara sebab mengapa Kedutaan Amerika mengambil berat mengenai kes ini,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri majlis ulang tahun pertama penubuhan Everday Sports Futsal Centre di sini, semalam.

Beliau mengulas nasihat perjalanan yang dikeluarka­n Kedutaan Amerika Syarikat kelmarin yang menggesa rakyatnya agar tidak mengunjung­i The Beach Club di Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur berikutan terdapatny­a kes ‘coordinate­d drink spiking’ di premis itu yang menyasarka­n para pengunjung asing.

Menurut Anggota Parlimen Pulai itu, kes ‘ coordinate­d drink spiking’ itu bukan sahaja berlaku di The Beach Club malah di banyak tempat.

“Oleh sebab itulah polis sedang melakukan aktiviti mencegah penggunaan dadah di kelab-kelab malam. Kadang-kadang pemilik, kelab malam ini tidak mengetahui apa- apa berlaku di dalam kerana yang memberikan perkhidmat­an ini (minuman dadah) ialah para pelayan dan bartender supaya mereka boleh mengenakan bayaran yang lebih tinggi terhadap minuman tersebut,” katanya.

Liciknya, perlakuan para pelayan dan bar tender ini, kata Nur Jazlan, tidak mudah dikesan kerana dilakukan di belakang tadbir selain menggunaka­n dadah yang mudah larut dalam minuman.

“Dia ada pelbagai cara untuk menawarkan. Contoh, kalau hendak minum Coke biasa harganya RM10, tetapi kalau hendak minum Coke Plus yang ditambah dengan Eramin 5, ekstasi dan sebagainya, harganya mungkin ditawar pada RM30 atau RM40.

Namun begitu, kita susah hendak membuat tuduhan (sama ada pelanggan tahu) atau membuktika­n kesalahan kerana ia berlaku di belakang tadbir,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia