Utusan Borneo (Sarawak)

Yayasan Bank Rakyat peruntuk RM3 juta untuk Program Kembali Ke Sekolah

-

SELAMA: Yayasan Bank Rakyat memperuntu­kkan kira- kira RM3 juta bagi program Kembali Ke Sekolah di seluruh negara tahun ini, kata Pengurus Besarnya Norashikin Shaharudin.

Beliau berkata program tersebut untuk kumpulan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40) untuk menyediaka­n kelengkapa­n sekolah anak masing-masing.

Katanya program itu melibatkan sumbangan beg sekolah dan tabungan RM100 yang disalurkan melalui akaun simpanan Bank Rakyat kepada setiap penerima bagi mendidik budaya menabung dalam kalangan pelajar sekolah.

“Kita memilih di antara 250 hingga 300 orang pelajar untuk menerima bantuan ini yang merupakan sebahagian daripada tanggungja­wab so- sial korporat (CSR),” katanya kepada pemberita selepas perasmian Program Bantuan Persekolah­an Kembali Ke Sekolah di sini, semalam.

Majlis itu dirasmikan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Sementara itu, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut, berkata amalan menabung perlu disemai dalam kalangan kanak-kanak agar mereka mampu mengurus wang dengan bijak pada masa akan depan.

“Kita bertuah kerana Bank Rakyat telah memilih kawasan ini untuk memberikan bantuan,” katanya.

Hamzah berkata melalui pembukaan akaun sebanyak RM100 seorang ia akan membolehka­n ibu bapa menguruska­n wang anak mereka dengan bijak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia