Utusan Borneo (Sarawak)

Buat kajian kebolehlak­sanaan projek mega itu oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang

-

KUALA LUMPUR: Siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pelaksanaa­n kajian pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang kini menjurus kepada pembayaran RM305 juta kepada syarikat-syarikat yang dilantik untuk membuat kajian kebolehlak­sanaan projek mega itu oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Menurut sumber, pasukan penyiasat SPRM kini sedang merakam keterangan saksisaksi dalam yang dilantik itu, bagi mengenal pasti proses pembayaran untuk kajian kebolehlak­sanaan itu.

“Menerusi penelitian dokumen yang dirampas dalam proses siasatan, maka dipercayai dapat membantu untuk mengenal pasti sama ada bayaran tersebut (RM305 juta) adalah nilai sebenar atau yang telah dinaikkan.

Selain itu, SPRM juga sedang menyiasat sama ada syarikat-syarikat itu mempunyai pengiktira­fan untuk menjalanka­n kajian kebolehlak­sanaan terowong dasar laut,” kata sumber itu.

Sumber itu berkata SPRM perlu melihat sama ada pakarpakar yang dilantik untuk membuat kajian berkenaan mempunyai kepakaran khusus dalam membuat kajian kebolehlak­sanaan terowong dasar laut.

“Tidak kira sama ada pakar-pakar yang dilantik itu adalah terdiri daripada kerajaan mahupun pihak swasta, apa yang penting mereka perlu mempunyai kepakaran untuk menjalan kajian terowong dasar laut,” kata sumber itu.

Difahamkan, kerajaan telah menetapkan piawaian kepakaran untuk menjalanka­n semua kajian kebolehlak­sanaan termasuk kajian kebolehlak­sanaan terowong dasar laut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi berkata pihaknya sedang menyiasat secara terperinci berhubung pembayaran penganuger­ahan pelaksanaa­n kajian terowong dasar laut itu.

Beliau berkata disebabkan ia melibatkan aspek-aspek teknikal yang perlu dilihat secara mendalam, maka pasukan penyiasat memerlukan masa bagi menyiasat kes itu.

“Saya meminta semua pihak memberikan ruang dan peluang kepada SPRM untuk menjalanka­n siasatan dan pihaknya masih dalam proses merakam percakapan saksi- saksi penting yang dipercayai dapat membantu melengkapk­an siasatan ini.

Kami akan memanggil beberapa individu penting dalam masa terdekat untuk merakam percakapan mereka berhubung kes ini,” katanya.

Azam berkata SPRM semalam telah merakam percakapan lapan individu termasuk setiausaha syarikat, penasihat dan perunding-perunding syarikat serta menggeleda­h sembilan syarikat di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubung­kan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerah­kan kepada Consortium Zenith Constructi­on Sdn Bhd, yang terdiri daripada beberapa syarikat.

Sebelum ini, projek itu mencetuska­n pelbagai kontrovers­i antaranya berhubung kos kajian kebolehlak­sanaan yang terlalu tinggi selain kaedah pembayaran melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri serta pelaksanaa­nnya dibantah penduduk negeri yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar. — Bernama

Tidak kira sama ada pakar-pakar yang dilantik itu adalah terdiri daripada kerajaan mahupun pihak swasta, apa yang penting mereka perlu mempunyai kepakaran untuk menjalan kajian terowong dasar laut. Sumber

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia