Utusan Borneo (Sarawak)

50 Tapak Pasar Komuniti Jauhar diwujudkan di Johor menjelang 2022

-

JOHOR BAHRU: Lima puluh tapak Pasar Komuniti Jauhar akan diwujudkan di seluruh Johor dalam tempoh lima tahun ini, kata Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata pasar yang diuruskan Koperasi Iskandar Malaysia Berhad (imCOOP) itu merupakan usaha kerajaan negeri bagi membolehka­n masyarakat mendapatka­n barangan keperluan dengan harga berpatutan dan 50 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.

“Kewujudan Pasar Komuniti Jauhar ini membuktika­n kerajaan Johor sentiasa prihatin dan berusaha untuk membantu masyarakat khususnya golongan B40 dalam mengharung­i kos sara hidup yang tinggi dan mencabar.

“Pasar dibuka setiap hujung minggu ini menawarkan barangan basah seperti ayam, ikan dan sayur- sayuran,” katanya berucap pada majlis perasmian Pasar Komuniti Jauhar di Rumah Pangsa Tasek 64, Masai, di sini semalam.

Khaled berkata langkah kerajaan negeri mewujudkan Pasar Komuniti Jauhar bukan bermusim, sebaliknya berpanjang­an untuk memberi perkhidmat­an kepada rakyat negeri ini.

Sementara itu, seorang suri rumah, Zatul Ifah Abdul Rapuh, 27, berkata kewujudan pasar terbabit yang berdekatan rumahnya memudahkan pembelian dan menjimatka­n masa.

“Terima kasih kepada kerajaan Johor yang menyediaka­n pasar seumpama ini walaupun hanya hujung minggu. Barangan yang dijual didapati segar dengan harga berbaloi,” kata ibu dua anak itu.

Pemandu teksi, Jamaluddin Mata, 58, berkata kerajaan Johor sudah melakukan pelbagai program dan inisiatif bagi membantu golongan berpendapa­tan rendah dengan terbaharu mewujudkan pasar tersebut.

“Saya bersyukur dengan usaha pihak kerajaan untuk meringanka­n beban rakyat seperti saya. Banyak keselesaan diberikan dan hari ini saya dapat membeli barang runcit yang segar dan harga lebih murah,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SUMBANGAN: Mohamed Khaled (dua kanan) dan Tan Cher Puk (tiga kanan) mengagihka­n telur kepada penduduk Flat Tasek 64 selepas melancarka­n Pasar Komuniti Jauhar di Seri Alam, Pasir Gudang semalam.
— Gambar Bernama SUMBANGAN: Mohamed Khaled (dua kanan) dan Tan Cher Puk (tiga kanan) mengagihka­n telur kepada penduduk Flat Tasek 64 selepas melancarka­n Pasar Komuniti Jauhar di Seri Alam, Pasir Gudang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia