Utusan Borneo (Sarawak)

MCA tidak akan uar-uar isu calon menerusi media: Liow

-

KUALA LUMPUR: MCA tidak akan membincang­kan isu calonnya pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 menerusi media memandangk­an perkara itu adalah isu dalaman parti yang perlu diselesaik­an antara pihak yang berkenaan, kata Presidenny­a Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau sebaliknya mahu setiap anggota MCA, sama ada yang terpilih sebagai calon ataupun tidak, bekerja keras dan memberikan komitmen penuh bagi menghadapi PRU yang bakal diadakan pada bila-bila masa.

“Saya tidak akan bincangkan isu calon MCA di media kerana isu calon saya berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja… ini adalah isu dalaman parti dan saya rasa memang tidak patut diuar-uarkan melalui surat khabar.

“MCA kini dalam persiapan yang terbaik untuk menghadapi pilihan raya dan caloncalon tidak boleh dijadikan satu isu… MCA sebagai sebuah parti perlu bekerja keras untuk parti, untuk rakyat dalam negara ini,” katanya selepas menyerahka­n ‘Pride of Workmanshi­p Awards’ oleh Rotary Club kepada 66 pekerja KTM Berhad di sini semalam.

Liow yang juga Menteri Pengangkut­an berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas cakapcakap politik bahawa Setiausaha Agung MCA yang juga Ahli Parlimen Tanjong Malim Datuk Seri Ong Ka Chuan tidak akan bertanding pada PRU14.

Mengulas lanjut, Liow berkata MCA telah menyerahka­n senarai calonnya kepada Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional ( BN), yang menampilka­n lebih 50 peratus muka baharu termasuk orang muda, calon usia pertengaha­n dan juga veteran yang diyakini dapat membantu kemenangan MCA pada pilihan raya itu.

“Untuk jumlah kerusi, kerusi MCA tidak bertambah dan tidak berkurang… isu kerusi tiada masalah kerana dalam BN kerusi telah diagih-agihkan sejak dahulu lagi dan kalau ada pertukaran kerusi, komponen parti akan berbincang, tiada masalah,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Liow Tiong Lai (tengah) beramah mesra bersama pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad yang menerima ‘Pride of Workmanshi­p Award’ di KL Sentral semalam.
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Liow Tiong Lai (tengah) beramah mesra bersama pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad yang menerima ‘Pride of Workmanshi­p Award’ di KL Sentral semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia