Utusan Borneo (Sarawak)

Ribut: UMNO Kepala Batas salur bantuan segera baiki bangunan

-

KEPALA BATAS: UMNO Kepala Batas akan memastikan Pusat Asuhan Tunas Islam ( PASTI) Kampung paya Keladi Hujung, Pinang Tunggal di sini yang rosak akibat dilanda ribut Rabu lepas siap dibaiki dalam tempoh 10 hari.

Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pejabat Ahli Parlimen Kepala Batas telah menyalurka­n peruntukan bagi kos pembaikan pusat didikan awal itu.

“Kami juga telah mendapat persetujua­n daripada pemilik bangunan itu untuk membina setingkat sahaja berbanding dua tingkat sebelum ini kerana bahagian atasnya rosak teruk, “katanya. — Bernama IPOH: Veteran UMNO di seluruh negara mempunyai peranan penting dalam meneruskan kelangsung­an parti sekali gus membantu mengekalka­n kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke- 14 (PRU14).

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata sebagai ‘orang lama’ yang banyak pengalaman dalam pelbagai bidang, peranan veteran UMNO pasti mampu memberi impak besar kepada rakyat.

“S e m u a p e r i n g k a t memainkan peranan penting meneruskan kelangsung­an UMNO namun peranan veteran tidak dapat dinafikan dengan pengalaman ketika berada di lapangan politik suatu ketika dulu diharap (mereka) dapat terus menyumbang ke- pada kelangsung­an semangat juang anggota parti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jelajah Veteran Sehati Sejiwa negeri Perak di sini, semalam.

Terdahulu, dalam ucapannya Zambry berkata semangat kesatuan dalam sesebuah parti penting bagi memastikan anggota tidak berpecah-belah.

Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO negeri berkata nilai- nilai kesantunan perlu dijaga kerana UMNO diwujudkan bagi menyatukan hati budi orang Melayu seterusnya mengekalka­n kekuatan parti.

“Mana yang retak perlu disatukan. Saya sebagai pemimpin tidak lari daripada melakukan kesilapan, dan saya meminta maaf jika ada yang saya terlepas pandang,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia