Utusan Borneo (Sarawak)

Pemain itu yang akan tamat kontrak pada Jun ini menjaringk­an gol cantik untuk bantu benam Leverkusen 3-1

-

BERLIN: Franck Ribery menunjukka­n kepada Bayern Munich kenapa pendahulu Bundesliga itu harus melanjutka­n kontraknya apabila pemain berusia 34 tahun itu menjaringk­an gol cantik dalam kemenangan 3-1 di Bayer Leverkusen kelmarin.

Kemenangan di tempat lawan itu – yang pertama bagi Bayern di Leverkusen sejak 2013 – meletakkan mereka 14 mata di hadapan dan di landasan bagi kejuaraan Bundesliga keenam berturut-turut selepas liga Jerman itu bersambung selepas cuti musim salji.

Ribery dan seorang lagi pemain sayap veteran Bayern, Arjen Robben, akan tamat kontrak pada Jun dan keduadua pemain berharap untuk ditawarkan lanjutan kontrak dalam masa beberapa minggu akan datang.

“Saya berharap untuk mendapatka­nnya, matlamat saya adalah untuk kekal di Munich selama mungkin dan berseronok bersama penyokong dan pasukan,” jawab Ribery apabila ditanya tentang kontrak baharu.

“Ia sentiasa seronok untuk menjaringk­an gol,” ujarnya selepas gol liga pertamanya pada musim ini.

“Ia adalah sukar untuk menang di Leverkusen, tetapi kami bermain dengan baik di sini, walaupun kami perlu lebih kerap menggerakk­an bola.”

Ribery, yang sudah berada di Bayern selama sedekad, mengimbau kembali zaman kehebatann­ya apabila dia mengelecek barisan pertahanan Leverkusen dan merembat masuk gol kedua Bayern yang cantik.

Javi Martinez meletakkan Bayern awal di hadapan manakala jaringan hebat Bola memasuki gawang hasil jaringan Rodriguez pada aksi Bundesliga di antara Bayer Leverkusen dan Bayern Munich di Bay Arena Leverkusen. Ribery pada separuh masa kedua menjadikan kedudukan 2-0.

Kevin Volland menyumbat gol untuk pasukan tuan rumah tetapi pemain Bayern James Rodriguez merembat masuk tendangan percuma lewat.

Kekalahan itu menamatkan siri tanpa kalah Leverkusen dalam 14 perlawanan berturut- turut dalam semua pertanding­an, bermula pada hujung September lalu, tetapi pasukan tuan rumah kekal di tempat keempat dalam carta liga.

Ketua jurulatih Bayern Jupp Heynckes membuat kejutan sebelum sepak mula apabila dia meletakkan pemain baharu Sandro Wagner di atas bangku pemain simpanan sehingga tempoh 15 minit terakhir.

Bayern memberi Hoffenheim kira- kira 13 juta euro ( RM62.4 juta) pada bulan lepas untuk Wagner, yang ditandatan­gani sebagai sokongan bagi penjaring terbanyak mereka Robert Lewandowsk­i.

Bintang Poland itu kembali berlatih sepenuhnya selepas kecederaan lutut, tetapi Heynckes memilih untuk memulakan Thomas Mueller di hadapan bagi Bayern.

Sementara penjaga gol Manuel Neuer masih belum pulih daripada keretakan kaki, Mueller memakai lilitan lengan kapten manakala Sven Ulreich menjaga gawang Bayern.

Selepas Mats Hummels tidak dapat bermain kerana cedera pangkal paha, Niklas Suele berganding dengan Jerome Boateng di bahagian pertahanan tengah.

Bayern menjaringk­an gol pendahulua­n yang sewajarnya pada minit ke- 32 apabila Martinez merembat bola ke dalam gawang dari jarak dekat.

Robben melakukan hantaran lintang yang Arturo Vidal tanduk ke arah sasaran, pemain pertahanan Bayer Sven Bender m e n y e k a t cubaan itu, tetapi bola jatuh kepada Martinez yang merembat bola ke dalam gawang.

P e - m a i n s a y a p Jamaica di Leverkusen Leon Bailey mengancam awal pada s e p a r u h masa ked-

 ??  ?? KE PENJURU GAWANG:
KE PENJURU GAWANG:
 ?? — Gambar AFP ?? MASIH BERBISA: Ribery meraikan gol jaringanny­a pada perlawanan tersebut. Bayern menang dengan 3-1.
— Gambar AFP MASIH BERBISA: Ribery meraikan gol jaringanny­a pada perlawanan tersebut. Bayern menang dengan 3-1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia